Masalah Di Jentera Sayap? Kan Ada Mukhairi Ajmal Dan Quentin Cheng

Mukhairi Ajmal sayap Selangor II 2020

Menurut laporan The Star, beberapa pemain sayap Selangor ketika ini sedang mengalami atau sedang pulih daripada kecederaan yang mereka alami ketika ini.

Selangor baharu sahaja mendapat semula khidmat Wan Zack Haikal daripada kecederaan ACL, namun masih belum lagi cergas sepenuhnya, sementara Syazwan Zainon pula mengalami kecederaan buku lali dalam aksi persahabatan sebelum ini.

Sementara Nor Hakim Hassan pula dijangka bakal berehat sepanjang musim akibat kecederaan ACL yang dialaminya, meninggalkan B. Satiananthan dengan pilihan yang amat terhad di jentera sayapnya dengan liga akan bermula seminggu sahaja lagi.

Setakat ini, Gergasi Merah akan mengharapkan kepada Khyril Muhymeen dan Syahmi Safari untuk bermain di posisi tersebut disamping Sean Selvaraj yang juga boleh diharapkan untuk beralih posisi daripada posisi penyerang ke posisi tersebut.

Syahmi Safari menjelaskan yang beliau mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan semula dirinya dengan posisi asalnya itu kerana sejak dua tahun lalu, dia telah berubah ke posisi bek sayap untuk Selangor dan skuad negara.

Namun, pemerhati dan penyokong tahu akan kelebihan pemain ini jika beraksi di posisi lebih menyerang berbanding bertahan menjadikan tiada masalah besar buatnya untuk segera membiasakan diri di posisi sayap kanan untuk musim hadapan.

Namun, jika dilihatkan, Selangor boleh menggunakan pemain Selangor II sebagai pengganti sementara di posisi tersebut sehingga pemain utama pulih dengan dua nama mungkin boleh dipertimbangkan untuk memecah masuk ke skuad utama.

Bekas pemain kelab Australia, Central Coast Mariners, yang juga kacukan Malaysia-Australia, Quentin Cheng dan pemain sayap lincah PKNP FC musim lalu, Mukhairi Ajmal yang pastinya sudah bersedia untuk aksi lebih kompetitif di Liga Super 2020.

Quentin Cheng mungkin masih asing untuk saingan Liga Malaysia dan sebagaimana Syahmi Safari, beliau juga akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu walaupun telah meledak satu gol bersama skuad B-22 negara.

Namun, Mukhairi Ajmal tidak lagi perlu dipersoalkan kemampuannya. Dalam saingan Piala Malaysia musim lalu bersama PKNP FC, pemain berusia 18 tahun itu sudah mempamerkan karektornya sebaris dengan pemain senior dan telah matang.

B. Satiananthan nampaknya perlu mempertimbangkan untuk menyenaraikan Mukhairi Ajmal yang sudah berpengalaman bermain bersama pemain senior dan juga pernah bersaing bersama pasukan besar seperti Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

KREDIT FOTO: FA SELANGOR

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN