“Masa Yang Ada Jangan Bagi Panjang” – Risto Vidakovic Tak Gemar Alasan Tidak Cukup Masa

Risto Vidakovic selaku pengendali baharu Melaka United tidak suka untuk memberi sebarang alasan mengenai tidak cukup masa bagi membuat persiapan pasukan menjelang aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) tidak lama lagi sekali gus membataskan percaturannya.

Malah, Vidakovic jelas mengambil cabaran berkenaan dengan tenang serta mahu kekal beri fokus mengenai keupayaan anak buahnya selain mengenal pasti kelebihan yang ada untuk diolah dalam aksi sebenar nanti.

Setakat ini, beliau mengaku masa yang ada sebenarnya agak singkat namun tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan dan mengikut jadual yang rapi untuk memastikan setiap posisi sentiasa bersedia menunjukkan gaya permainan sebenar dalam aksi akan datang.

“Masa yang ada tidak boleh dipanjangkan, sehubungan itu saya perlu melakukan percaturan terbaik dalam jangka masa berkenaan bagi mempersiap pasukan.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk membentuk mereka ke satu tahap yang diinginkan bukan sahaja buat diri saya, pengurusan malah penyokong pasukan,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk itu, Vidakovic perlu meneliti dengan lebih lanjut mengenai susunan taktikal agar semua para pemain mampu beraksi mengikut segala perancangan yang dibuat.

Walaupun tidak sempat memilih sendiri barisan pemain termasuk import, Vidakovic tetap percayakan para pemain yang ada untuk memacu kecemerlangan pasukan sambil percaya setiap pemain ada keistimewaan tersendiri dalam corak permainan mereka.

Pengendali dari negara Bosnia & Herzegovina itu juga bakal membuat analisis sendiri mengenai persembahan para pemain sepanjang latihan dan aksi siri persahabatan bagi mencari keserasian mereka dalam tahap yang terbaik sebelum liga bermula.

Beliau yang mula melatih para pemain sejak Ahad lalu digembar-gembur memiliki gaya keistimewaan tersendiri untuk mengadun taktikal berdasarkan kehadiran beberapa pemain tempatan berpengalaman serta import yang berkualiti.

Beberapa nama pemain yang menyertai Melaka United musim ini adalah bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talah, Syahrul Azwari Ibrahim, Akmal Zahir, Fadhli Shaas, Shazwan Andik serta barisan import baharu iaitu Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti, dan Justin Baas. Mereka juga mengekalkan pemain sayap lincah, Sony Norde dan pemain tengah berpengaruh, Adriano Narcizo.

Pasukan ini bakal berdepaj Selangor II dan Terengganu pada 9 serta 18 Februari ini dalam siri persahabatan selain bakal bertemu PJ City sebaik sahaja tirai Liga Malaysia dibuka awal Mac depan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN