Masa Terbaik Untuk Umumkan Penyerang Baharu, BG Pathum Kenalkan ‘Semifinalis’ Ikhsan Fandi

Ikhsan Fandi BG Pathum Thai League 2021-2022

Kira-kira dua jam sebelum turun mengetuai jentera serangan Singapura berdepan Indonesia di separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020, Ikhsan Fandi telah diumumkan sebagai penyerang baharu buat BG Pathum United.

Menurut laporan The Straits Times, Ikhsan Fandi telah menandatangani kontrak untuk dua tahun setengah dan difahamkan melibatkan yuran perpindahan sebanyak US$50 ribu dengan kenaikkan gaji daripada lima angka ke enam angka selepas ini. Sebelum ini beliau beraksi dua musim di FK Jerv, kelab di Divisyen 1, Liga Norway.

Dengan Singapura bakal berdepan Indonesia, mungkin ia masa yang sesuai buat BG Pathum memperkenalkan pengganti kepada penyerang utama, Diogo yang dijangka akan berehat panjang akibat kecederaan bahu.

Thai League 2021/22 masih berbaki separuh musim dan akan kembali bersambung selepas Piala AFF.

Mungkin mereka merasakan yang penyokong akan dapat melihat terlebih dahulu aksi penyerang yang telah meledak tujuh gol di Norway itu dan untuk saingan Piala AFF, Ikhsan Fandi telah meledak dua gol iaitu dalam perlawanan pertama Singapura dalam aksi Kumpulan A ketika cemerlang menundukkan Myanmar 3-0.

Selepas dua jaringan itu, Ikhsan Fandi gagal menambah jumlah jaringannya dan dengan The Lions masih beraksi di Piala AFF – dua aksi separuh akhir, beliau berpeluang untuk menambah koleksi jaringannya.

Penyerang dengan ketinggian 183cm itu telah beraksi sebanyak 23 kali bersama Singapura dan telah meledak 10 gol setakat ini. Berusia 22 tahun, Ikhsan Fandi masih memiliki jangka hayat karier yang masih panjang bersama skuad kebangsaan Singapura disamping berpeluang untuk menjadi penyerang terbaik mereka.

Ikhsan Fandi menyertai abangnya di BG Pathum iaitu pertahanan tengah, Irfan Fandi dan menurut kelab itu, beliau akan menyertai pasukan sebaik sahaja liga kembali bersambung selepas berakhir saingan Piala AFF.

Untuk rekod, beliau sudah tiga musim di Norway bersama Raufoss dan FK Jerv. Dalam 77 perlawanan, beliau meledak 16 gol dan telah membantu FK Jerv meraih promosi ke saingan tertinggi Liga Norway untuk musim hadapan. Begitupun, dengan perpindahan ini, beliau tidak sempat tampil di pentas tertinggi Liga Norway itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN