Masa Tambahan Pada Perlawanan EFL Carabao Cup Dimansuhkan

Mulai musim 2018/19, semua perlawanan EFL Carabao Cup tidak akan dilanjutkan ke masa tambahan sekiranya perlawanan seri.

Sepakan penalti akan digunapakai sekiranya keputusan terikat seri selepas masa sebenar tamat.

Ada sebab

Ini telah ditetapkan sewaktu sidang tahunan EFL di Portugal baru-baru ini. Penetapan itu dibuat setelah kelab-kelab EFL mengundi bersetuju untuk pemansuhan masa tambahan itu.

Tujuan pemansuhan ialah bagi mengurangkan keletihan kepada para pemain. Walaupun pemain itu beraksi di kelab divisyen bawahan.

Namun begitu, masa tambahan hanya akan dilaksanakan dalam perlawanan akhir di Wembley pada tahun hadapan.

VAR

Dalam perkembangan lain, Video Assistant Refree (VAR) juga akan digunapakai pada musim 2018-19 dalam EFL Cup. Tetapi pemakaian ini hanya tertakluk kepada kelab Liga Perdana yang menjadi hos perlawanan kejohanan ini sahaja.

Ini bererti kelab EFL Championship, League One dan League Two yang menjadi tuan rumah pertandingan ini tidak menggunakan VAR.

Undian pusingan pertama

Undian yang diadakan pada baru-baru ini di Vietnam. Sumber: EFL.

Seperti tahun lalu, penganjur telah melaksanakan undian pusingan pertama di negara asing. Kali ini, Vietnam telah dipilih sebagai negara penganjur undian ini.

Kelab Liga Perdana yang beraksi di pertandingan Eropah menerima ‘bye’ pada pusingan ketiga. Tetapi, bagi kelab-kelab lain yang tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan Eropah akan memulakan aksi pusingan kedua EFL Carabao Cup sebagaimana sebelum ini.

Format pengasingan zon Utara dan Selatan masih dikekalkan. Berikut merupakan undian yang diadakan pada tempoh hari;

Zon Utara
Blackpool lwn Barnsley
Carlisle United lwn Blackburn Rovers
Crewe Alexandra lwn Fleetwood Town
Grimsby Town lwn Rochdale
Leeds United lwn Bolton Wanderers
Macclesfield Town lwn Bradford City
Mansfield Town lwn Accrington Stanley
Middlesbrough lwn Notts County
Nottingham Forest lwn Bury
Oldham Athletic lwn Derby County
Port Vale lwn Lincoln City
Preston North End lwn Morecambe
Rotherham United lwn Wigan Athletic
Scunthorpe United lwn Doncaster Rovers
Sheffield United lwn Hull City
Shrewsbury Town lwn Burton Albion
Sunderland lwn Sheffield Wednesday
Tranmere Rovers lwn Walsall

Zon Selatan
Bristol City lwn Plymouth Argyle
Bristol Rovers lwn Crawley Town
Cambridge United lwn Newport County
Cheltenham Town lwn Colchester United
Exeter City lwn Ipswich Town
Millwall lwn Gillingham
Milton Keynes Dons lwn Charlton Athletic
Norwich City lwn Stevenage
Oxford United lwn Coventry City
Portsmouth lwn AFC Wimbledon
Queens Park Rangers lwn Peterborough United
Reading lwn Birmingham City
Southend United lwn Brentford
Swindon Town lwn Forest Green Rovers
West Bromwich Albion lwn Luton Town
Wycombe Wanderers lwn Northampton Town
Yeovil Town lwn Aston Villa

Penutup

Para pengurus di Liga Perdana sudah pasti menerima berita ini dengan terbuka dan gembira.

Kebanyakan pengurus berbangsa asing dari England sering mengkritik perlaksanaan EFL Cup sebenarnya.

Tetapi, berbeza dengan pengurus tempatan yang menghargai EFL Cup sebagai hadiah penting bagi bola sepak Inggeris. Cuma beza pada prestij sahaja.

Alah, kalau menang dapat ke kejohanan Eropah juga bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN