Musim 2020 dijangka bakal menjadi musim yang mampu mengangkat semula karier Rufino Segovia bersama-sama dengan pasukan Liga Super – Selangor.
Menurut laman Sinar Harian, jurulatih Selangor iaitu B. Satiananthan mengatakan pemain itu hampir pasti untuk kembali dalam skuad Selangor dan bakal beraksi di perlawanan pembukaan Gergasi Merah di Liga Super 2020.
“Beliau kini sudah menunjukkan perkembangan positif dan semakin pulih dari kecederaan dialaminya.”
Rufino dijangka bakal digandingkan dengan Ifedayo dalam mengetuai barisan serangan pasukan Selangor musim ini.
Kehilangan Rufino pada musim lalu telah membuka peluang kepada Ifedayo untuk beraksi buat pasukan itu tetapi ianya jelas kontra dengan apa yang diperoleh pemain Sepanyol itu pada 2018.
Pada musim 2018, pemain berusia 34 tahun itu berjaya membantu Selangor dari tersingkir ke Liga Premier dengan ketika pasukan dilanda pelbagai krisis.
Beliau juga berjaya mendapatkan Anugerah Kasut Emas pada musim tersebut.
Dalam pada itu, Satia juga turut berasa positif dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh Wan Zack Haikal.
Selain Rufino, Zack juga semakin menghampiri fasa sembuh sepenuhnya dan dijangka akan terus diturunkan dalam persiapan Selangor pada pra-musim ini.
Akan tetapi, mereka dihimpit dengan kecederaan panjang yang dialami pemain baharu – Norhakim Hassan.