Tempoh tiga hingga empat minggu untuk semua pasukan menjalani latihan berpusat sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) membuka tirainya pada 15 Februari ini adalah tidak mencukupi untuk membuat persiapan terbaik.
Pandangan tersebut disuarakan oleh jurulatih baharu Selangor FC, Karsten Neitzel yang mengharapkan pihak pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan sedikit tarikh pertandingan yang dijadualkan bermula pada 5 Mac itu.
Dalam temubual bersama The Star, jurulatih warga Jerman itu berpendapat tempoh terbaik untuk sesebuah pasukan malakukan persiapan adalah di antara lima hingga enam minggu kerana banyak perkara yang perlu diperincikan sewaktu di awal musim.
If all the clubs in the world are given five to six weeks to prepare for the season, why can’t 🇲🇾 do it?
That question was posed by Selangor’s coach Karsten Neitzel, who hopes all teams would be given more time to prepare for the #MSL2021.
https://t.co/OiFMcfLux6— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 10, 2021
“Lima lawan lima, dua lawan dua, sesi taktikal, latihan pergerakan dan juga perlawanan persahabatan,” ujar Netizel yang masih giat mengenali setiap pemainnya.
“Kurang daripada itu, jelas tidak cukup. Semua orang tahu, agak mustahil untuk menyelesaikan semuanya dalam tempoh yang singkat. Ini bukan langkah yang profesional. Saya harap pihak autoriti dapat memberikan kepada kami masa yang lebih panjang.
“Sesi latihan melalui Zoom tidak cukup. Jika mahu persiapan yang serius, ianya mengambil masa lima hingga enam minggu. Jika mereka tetap mahu kekalkan tarikh sepak mula sedia ada, kami tetap akan patuh dan mencari penyelesaian terbaik.”
Dalam pada itu, Neitzel gembira dengan komitmen pemain-pemainnya, namun baginya keadaan pastinya jauh lebih baik jika tidak berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda Liga-M ketika ini.
Fly, Eky Fly! 🦅
Watch @shahrelfikri and other SFC players work from home on our TikTok! 💪#RedGiants#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/EZRbJvGKS2
— Selangor FC (@selangorfc) February 10, 2021
Beliau juga melihat dengan adanya sistem pasukan simpanan (feeder teeam) yang menempatkan pemain-pemain muda berbakat, ia menjadikan Selangor mempunyai skuad yang besar dengan pemain yang berkualiti.
“Pastinya menarik untuk melihat bagaimana mereka berkembang,” ujarnya lagi.
Selangor kini semakin hampir untuk melengkapkan kuota pemain import mereka di mana seorang lain pemain akan tiba tidak lama lagi iaitu pemain tengah Jerman, Manuel Konrad yang berpengalaman beraksi bersama Dynamo Dresden dan FSV Frankfurt.
Selain itu, mereka juga telah berjaya membawa masuk nama-nama baharu seperti penyerang kebangsaan, Shahrell Fikri Mohd Fauzi, pertahanan kiri R Dinesh, pemainn sayap Nik Shareef Hassefy, pemain tengah Oliver Buff dan pertahanan tengah Tim Heubach.
Kredit Foto: Selangor FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Selangor FC: