Pemain remaja Borussia Dortmund, Giovanni Reyna akhirnya memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama buat kali pertama semasa pasukannya meraih kemenangan ke atas Leipzig pada Sabtu lalu.
Rakan sepasukannya, Erling Haaland percaya pemain muda Amerika Syarikat itu mempunyai masa depan yang cerah dan berpotensi untuk menjadi pemain tengah antara yang terbaik di dunia.
Reyna beraksi cemerlang untuk membantu pasukannya mengesahkan tempat kedua Bundesliga di belakang Bayern Munich dan turut menyumbang satu bantuan jaringan untuk gol pertama Haaland.
Giovanni Reyna with the assist for Borussia Dortmund. He’s 17 years old, people. #usmnt pic.twitter.com/I9qva8LTNK
— Del Shaffer (@delshaffer) June 20, 2020
Pemain kelahiran Sunderland itu mengakui teruja apabila diberi kepercayaan oleh Lucien Favre untuk diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi penting dalam perebutan tangga kedua liga.
“Ianya permulaan pertama buat saya, sudah tentu saya sangat gembira. Malah kami mendapat tiga mata yang amat berharga untuk mengesahkan kedudukan di tempat kedua [Bundesliga], kami semua amat gembira,” kata Reyna
Sementara itu, Haaland tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap semangat dan kematangan rakan sepasukannya itu dalam mempamerkan aksi yang meyakinkan walaupun dengan usianya yang masih muda.
“Saya panggilnya ‘Impian Amerika’ sebelum ini dan ia benar, dia baru berusia 17 tahun dan apa yang dia lakukan di atas padang sangat menakjubkan. Dia ada masa depan yang cukup cerah,” kata Haaland.
Haaland telah menjaringkan 13 gol dalam 14 perlawanan Bundesliga sejak tiba dari kelab Austria, RB Salzburg pada Januari lalu.
Beliau turut membantu Dortmund mencatat rekod jaringan terbanyak dalam satu musim dengan skuad kendalian Lucien Favre itu telah menjaringkan 83 gol dalam 33 perlawanan.
⚽️⚽️ Erling Haaland (19)
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) February 18, 2020
🅰️ Gio Reyna (17)
"We don't buy superstars, we make them" – Lars Ricken pic.twitter.com/iiyE28YQx4
“Kami ada deretan pemain yang baik dan berkualiti. Apabila kami beraksi dengan baik bersama, kami tahu lebih banyak peluang akan dihasilkan,” ujar Haaland lagi.
“Ia adalah kemenangan yang hebat. Kami tahu Leipzig adalah pasukan yang hebat, tetapi kami telah buktikan pasukan kami lebih baik pada hari ini.”
Persamaan antara Haaland dan Reyna adalah kedua bapa mereka merupakan pemain bola sepak profesional dan mereka berdua lahir di England sewaktu bapa mereka sedang beraksi untuk kelab Liga Perdana Inggeris.
Giovanni adalah anak kepada pemain legenda Amerika Syarikat, Claudio Reyna yang pernah beraksi untuk Rangers, Sunderland dan Manchester City.
Former Manchester City player Alf-Inge Håland retired after an injury in 2003.
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 19, 2020
In August 2003, City replaced Håland with Claudio Reyna.
Last night, Claudio's son Giovanni delivered an assist for Alf-Inge's son Erling. 👀 pic.twitter.com/OWbiT1j77c
Untuk perlawanan terakhir Bundesliga, Dortmund akan melayan kunjungan Hoffeinheim di Signal Iduna Park pada 27 Jun ini.
Kredit Foto: Getty Images