Masa Depan Marcelo Bersama Real Madrid Menjadi Tanda Tanya

Ferland Mendy dilihat hampir pasti akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini dari Lyon.

Malah pemain pertahanan itu berkemungkinan akan menjalani pemeriksaan perubatan pada Ahad ini, setelah skuad kebangsaan Perancis diberikan tempoh rehat sehari.

Mendy dikatakan menjadi sasaran seterusnya oleh Real Madrid selepas berjaya memikat Eden Hazard – dengan nilai perpindahan sekitar €50 juta dikaitkan dengan pemain antarabangsa Perancis itu.

Masa depan Marcelo

Jika ketibaan Mendy menjadi kenyataan, maka tanda tanya pasti akan berkisar kepada Marcelo. Pemain Brazil itu dikatakan akan menjadi pilihan kedua oleh Zinedine Zidane selepas Mendy.

Untuk itu Real Madrid dilaporkan bersedia untuk memberikan pilihan kepada Mendy untuk menentukan sendiri masa depan beliau bersama kelab tersebut.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan pemain itu boleh memilih untuk kekal dan menerima seadanya peluang untuk beraksi bersama Los Blancos pada musim hadapan, atau pun memilih untuk mencari cabaran baharu mulai jendela perpindahan musim panas ini.

Destinasi seterusnya

Juventus pernah dikaitkan dengan Marelo pada musim panas lalu, apabila pemain itu dikhabarkan akan mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Serie A.

Juara Itali itu dikatakan masih berminat untuk mendapatkan seorang bek kiri, dan Marcelo dikatakan mempunyai hubungan baik dengan bintang Portugal itu.

Selain daripada Mendy, Real Madrid dikatakan turut akan memanggil kembali Achraf Hakimi yang dipinjamkan ke Borussia Dortmund pada musim lalu. Los Blancos juga masih mempunyai Theo Hernandez untuk bersaing dengan Mendy di posisi yang sama.

Buat masa sekarang, masa hadapan Marcelo bersama Real Madrid tampak seperti bakal berakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN