Masa Depan Bola Sepak Korea Selatan & Khidmat Naturalisasi Kini Bakal Bermula

Masa depan bola sepak di Korea Selatan dijangka bakal mengalami perubahan dengan kini mereka mula memberi ruang buat pemain naturalisasi untuk menyertai pasukan kebangsaan. Kehadiran Charik Arkady Romanovich yang baru sahaja berusia 14 tahun mula mencuri tumpuan sehingga mendapat pendedahan media di sana.

Menerusi perkongsian Joel Kim yang merupakan penganalisa bola sepak kebangsaan Korea Selatan, Charik Arkady Romanovich atau lebih dikenali sebagai Kah-Dee merupakan pemain naturalisasi pertama buat Korea Selatan selepas dirinya diberi peluang beraksi untuk skuad bawah 14 (B-14) Korea Selatan ketika menewaskan China B-14 dalam satu aksi persahabatan.

Dengan ketinggian 191cm, Kah-Dee telah pun menyebabkan tiga pemain pertahanan lawan diperlukan untuk mengawalnya di atas padang pada aksi tersebut. Walaupun tidak menjaringkan gol, kehadirannya berjaya membuka ruang untuk rakan sepasukan lain meledak gol menerusi perkongsian dibuat oleh Joel Kim.

Kah-dee, merupakan salah seorang pemain muda yang tampil penuh semangat pada aksi tersebut sehingga mendapat perhatian ramai. Beliau telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam perlawanan itu menerusi kelebihan fizikal dimilikinya.

Kehadiran bintang muda naturalisasi itu di atas padang tidak hanya memberi inspirasi kepada rakan sepasukan, tetapi juga kepada peminat bola sepak Korea yang pastinya mengharapkan kebangkitan baharu dalam sukan ini. Menerusi kualiti serta semangat beliau yang tinggi, Kah-dee telah membuktikan pemain naturalisasi juga boleh memberikan impak besar dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan pada masa hadapan.

“Saya ingin pergi ke Piala Dunia 2030 dan menjaringkan gol. Saya akan terus bekerja keras untuk menjadi ahli pasukan kebangsaan Korea. Terima kasih. Tolong sokong saya!” kata Kah-Dee menerusi perkongsian tersebut.

“Baguslah anak muda! Teruskan usaha keras, kami menyokongmu!” sokong Joel Kim yang mewakili kebanyakan suara penyokong bola sepak Korea Selatan mengenai pembangunan karier Kah-Dee.

Sokongan dan dorongan dari peminat dan masyarakat merupakan suatu yang amat penting dalam perjalanan pemain muda seperti Kah-dee untuk mencapai impiannya. Ia memberi semangat tambahan kepadanya untuk terus berusaha dan tidak berputus asa walaupun menghadapi cabaran lebih besar sebelum bergelar pemain senior. Disebabkan itu, wajar buat peminat bola sepak tempatan sendiri perlu bersatu dan memberikan sokongan padu kepada Kah-dee dalam usahanya untuk membawa nama negara ke persada antarabangsa.

Dengan perjalanan yang masih panjang, Kah-dee perlu terus menunjukkan dedikasi dan kerja keras dalam setiap latihan dan perlawanan. Sokongan dari rakan sepasukan, jurulatih, dan peminat akan menjadi pemangkin kepada kejayaannya di masa depan. Pemain muda ini mempunyai potensi besar untuk menjadi bintang dalam dunia bola sepak jika dilihat daripada segi perjalanan karier, bakat, serta kelebihan fizikal untuk menghidupkan impiannya bermain di Piala Dunia 2030 suatu hari nanti.

Untuk info, ibu bapa Kah-Dee merupakan warganegara luar dan beliau telah dilahirkan di Korea Selatan selain kini sudah pun lulus dalam ujian untuk bergelar rakyat Korea Selatan. Lebih menarik, dirinya juga tidak perlu mengikuti latihan tentera yang diwajibkan kepada semua anak jati negara tersebut.

Dengan penyertaan Kah-Dee kini selaku pemain naturalisasi buat skuad kebangsaan Korea Selatan, adakah ia bakal membuka peluang buat lebih ramai tonggak luar negara mengikuti jejak langkah beliau serta mengubah trend masa depan bola sepak di sana menjadi lebih positif?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN