MAS vs INA: DBKL Adakan ‘Big Screen’ Di Dataran Merdeka

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan pada malam ini untuk perlawanan Malaysia dan Indonesia untuk saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sambutan terhadap perlawanan ini begitu hangat sekali sehingga 85,000 tiket perlawanan sudah habis dijual melalui secara atas talian dua hari sebelum hari perlawanan.

Bagi yang gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut di stadium, namun masih ingin merasai sendiri kehangatan perseteruan dua negara serumpun ini bersama penyokong-penyokong bola sepak yang lain, anda masih boleh berbuat demikian.

Ayuh Malaysia…jangan lupa malam ini…nyatakan sokongan anda!!!

Kita berkumpul di Dataran Merdeka…

Datuk Bandar…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Monday, November 18, 2019

Bagi penyokong pasukan Harimau Malaya yang berada di Lembah Klang, ini berita baik buat anda.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan mengadakan tanyangan siaran langsung ‘Big Screen’ bertempat di Dataran Merdeka.

Perkara itu diumumkan oleh pihak DBKL melalui satu perkongsian di Facebook pada hari ini.

“Datuk Bandar Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menayangkan perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia di ‘Big Screen’ Dataran Merdeka pada 19 November 2019 (Selasa) jam 8:00 malam.

“Ramai-ramai kita penuhkan Dataran Merdeka untuk menzahirkan sokongan anda kepada Harimau Malaya,” ujar kenyataan tersebut.

Bagaimanapun penyokong pasukan negara yang akan ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan perlawanan ini diingatkan untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut.

Buat skuad Harimau Malaya, selamat berjuang demi negara!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN