Marvin Sordell Pernah Cuba Membunuh Diri Kerana Bola Sepak

10 September setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara 10 penyebab utama kematian di dunia adalah bunuh diri. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai masalah ini, seorang bekas pemain bola sepak profesional di Liga Inggeris sudi berkongsi pengalamannya.

Marvin Sordell telah mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak selepas menamatkan kontraknya bersama kelab Burton Albion pada Julai lepas ketika masih berusia 28 tahun.

https://twitter.com/Fanzinecom/status/1171383959420375042

Bekas penyerang England B-21 itu menggambarkan bola sepak sebagai satu permainan yang cantik tetapi mempunyai sisi gelap tersendiri.

Sordell menjelaskan, beliau berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pemain professional tetap terpaksa berhadapan dengan pengalaman ngeri termasuk isu rasis dan buli.

Beliau turut menjalankan usaha untuk membantu mana-mana pemain lain yang mengalami masalah kesihatan mental.

“Ketika saya berusia enam tahun, saya tidak pernah terfikir untuk meraih apa yang dicapai semasa berusia 28 tahun ini. Saya berpeluang untuk beraksi bersama pasukan muda England, menyertai pasukan Great Britain dalam Sukan Olimpik dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang merupakan liga terbaik di dunia.”

“Dalam keseluruhan 300 perlawanan, saya bermain untuk sembilan kelab serta mewakili pasukan kebangsaan.

“Saya menjaringkan gol yang saya impikan semasa saya kecil dahulu. Namun jujur saya katakan, tidak ramai yang menyedari sisi buruk tentang bola sepak yang telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mental saya.”

“Saya adalah saksinya. Pernah menerima ancaman berbaur perkauman dan berkesempatan untuk melihat pembulian, manipulasi dan penderaan emosi secara lisan yang menjadi titik hitam dalam industri ini. ”

“Semua kombinasi gejala negatif ini membuatkan saya berhenti daripada bermain bola sepak secara profesional kerana saya tahu selepas ini saya akan menjadi seorang lelaki yang lebih gembira dan berupaya untuk mencintai sukan ini semula.”

“Saya rasa lebih ceria apabila saya melakukan sesuatu selain bermain bola sepak. Saya masih cintakan.”

Sordell turut mendedahkan bagaimana beliau pernah cuba untuk membunuh diri dengan cara menelan 17 biji pil pelbagai jenis. Beliau beranggapan cara itu dapat menamatkan riwayatnya dengan lebih mudah berbanding menggunakan pisau yang menyakitkan.

“Kepada siapa kamu boleh adukan dan siapa yang akan kisah dengan nasib kamu? Tiada siapa yang mahu dengar betapa sukarnya hidup sebagai pemain bola sepak profesional kerana kami memperoleh pendapatan yang lumayan dan kamu tidak perlu bekerja dalam tempoh masa yang lama.

“Kata mereka ia adalah kerjaya yang diimpikan semua orang. Hadapi dan bertabahlah. Oleh yang demikian pemain-pemain tidak berani untuk membincangkan apa yang dirasakan sepanjang karier kerana ianya hanya akan memakan diri kamu semula.

“Dengan dunia bola sepak hari ini yang dikelilingi dengan wang, bermakna pemain bola sepak kini lebih diperhati atau diawasi berbanding satu masa dahulu.”

“Pemain-pemain menyedari setiap apa yang diperkatakan di dalam media sosial. Mereka boleh lihat dan mereka boleh dengar. Ia adalah mengenai rasa hormat.

“Seseorang pemain itu mungkin tidak bermain baik tetapi adakah adil untuk memalukannya? Ianya hanyalah satu perlawanan dan mereka telah cuba melakukan yang terbaik. Perkara seperti ini amat sukar untuk dipertahankan.”

Berikutan itu, melalui pertubuhan yang  telah melancarkan kempen yang membolehkan

“Ini adalah sebab saya mahu menjayakan kempen ini. Buat kaum lelaki, agak janggal untuk bercakap tentang kesihatan mental dan emosi. Kami mahu beri peluang kepada semua orang untuk bercakap tentangnya kerana dalam bola sepak agak sukar untuk membincangkan tentang emosi, perasaan dan kesihatan mental.

Tambah beliau lagi, agak melucukan kerana bola sepak dianggap sukan yang memupuk perpaduan.

Orang ramai begitu bersemangat bercakap tentang kelab kegemaran mereka, tetapi apabila bercakap tentang masalah diri sendiri, mereka cuba mengelak dan tidak mahu berbincang mengenainya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN