Martinez Singkirkan Radja Nainggolan Daripada Skuad Piala Dunia Belgium

Impian pemain tengah AS Roma, Radja Nainggolan untuk Russia tidak jadi kenyataan apabila tersingkir daripada skuadnya semalam. Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menegaskan beliau tersingkir kerana tiada dalam taktikalnya dan bukan berpunca perselisihan lalu atau masalah disiplin.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu memberi kejutan apabila tidak menamakan 23 pemain terakhir, sebaliknya menyenaraikan 28 pemain yang akan dikurangkan selepas perlawanan persahabatan dengan Portugal 2 Jun ini.

Martinez bagaimanapun mengiktiraf sumbangan Nainggolan yang membawa Roma ke separuh akhir Liga Juara-Juara namun berkata beliau tidak boleh menawarkan posisi sama untuk skuad Belgium yang dianggap lebih ofensif.

Kedua-dua jurulatih dan pemain itu mengadakan perbincangan selepas Martinez berangkat ke Rome pada Ahad untuk membuat kenyataan itu.

https://twitter.com/FromTStands/status/998510838867775488

Menurut pengurus berkenaan, populariti Nainggolan tidak diragui dalam kalangan peminat Belgium susulan peranan pentingnya pada Euro 2016, namun seorang jurulatih perlu mengambil tindakan tegas demi kebaikan pasukan.

“Saya tidak fikir Radja sesuai menggalas tugas kecil,” kata Martinez apabila ditanya mengenai kesediaan Nainggolan untuk ke Russian biarpun menggalas tugas penjaga gol.

“Alasan di sebalik ketiadaan Radja dalam pasukan jelas sekali satu keputusan taktikal,” kata Martinez.

Selepas tidak disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Belgium, Nainggolan bagaimanapun mengumumkan persaraan beliau di pentas antarabangsa.

“Ia merupakan keputusan yang sukar. Saya sudah buat yang terbaik untuk memastikan saya terpilih mewakili negara,” katanya melalui laman instagram miliknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN