Martin Keown Kurang Senang Dengan Kualiti David Luiz & Mustafi

Martin Keown

Legenda Arsenal, Martin Keown beranggapan duo pertahanan The Gunners, David Luiz dan Shkodran Mustafi tidak mencapai tahap yang diperlukan kelab tersebut dan nyata kurang senang dengan sumbangan mereka.

Kehadiran Luiz mencetuskan kejutan apabila dibawa masuk oleh pengendali terdahulu, Unai Emery pada hari terakhir jendela perpindahan lalu dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta.

Selepas itu, Luiz terus menjadi pilihan utama Emery bagi menggalas tanggungjawab bagi mengepalai benteng pertahanan Arsenal pada musim ini.

Di bawah ‘pemerintahan’ Mikel Arteta, pemain kelahiran Brazil itu terus mendapat kepercayaan meskipun aksinya sudah tidak kental seperti dahulu.

”David Luiz merisaukan saya kerana jika anda membayar £8 juta untuk mendapatkannya serta memberikan gaji sebanyak £5 juta untuk hanya berada di sini selama satu musim, saya tidak pasti kebijaksanaan mengenainya.”

”Adakah dia merupakan pertahanan yang tepat? Bolehkah dia beraksi dalam posisi bek berempat? Corak pertahanan terbaik dipamerkannya adalah ketika dia menjadi pemain bek bertiga di Chelsea dan mereka memenangi Liga Perdana Inggeris [musim 2016/17].”

Embed from Getty Images

”Dia kelihatan tidak senang dengan posisi itu, dia seringkali menjatuhkan pemain lawan dan Mustafi, walaupun mendapat kepercayaan Arteta, kita mengetahui bahawa Mustafi juga tidak berada di tahap yang begitu baik.”

‘”Saya tidak dapat melihat itu [mereka] akan menjadi gandingan jangka masa panjang buat jentera pertahanan Arsenal.”

”Ini adalah bahagian yang paling penting perlu dilakukan dengan baik olehnya [Mikel Arteta].”

”[Rob] Holding sedang mengalami kecederaan, sukar untuk menilainya, dia mungkin layak untuk mendapat satu lagi peluang.”

‘”Saya rasakan Sokratis [Papastathopoulos] boleh menjadi pemain pertahanan yang berguna buat Arsenal tetapi saya boleh memahami ketidakpastian dalam memberikan David Luiz kontrak baharu,” ujar Martin Keown menurut laporan Goal.

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN