Martin Demichelis: Miroslav Klose Berpotensi Jadi Pengurus

Miroslav Klose

Bekas pertahanan tengah Bayern Munich, Martin Demichelis mengakui bahawa Miroslav Klose berpotensi untuk menjadi seorang pengurus profesional pada satu hari nanti.

Kedua-dua bekas pemain itu pernah beraksi bersama kelab Bavaria tersebut bermula musim 2007/08 hingga 2010/11.

Klose yang merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 16 gol mengumumkan persaraan pada tahun 2016 manakala pertahanan kelahiran Argentina itu pula mengambil langkah sama setahun kemudian.

”Kami sudah mengenali antara satu sama lain dalam tempoh yang lama dan mempunyai hubungan baik sebagai rakan sepasukan dan kini sebagai jurulatih pula.”

”Kami kadangkala mempunyai idea yang berbeza tetapi ia seharusnya berjalan seperti itu,” ujar Demichelis menurut laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Dia merupakan seorang penyerang, saya pula pemain pertahanan. Dia kelahiran Jerman manakala saya dari Argentina. Kami berdua belajar antara satu sama lain.”

”Miro [Miroslav Klose] sangat bagus dan bijak yang mana dia akan menjadi seorang pengurus profesional pada satu hari nanti.”

‘”Saya seorang ‘team player’ dan saya bersama skuad bawah 19 tahun untuk belajar dan menikmati pengalaman baharu. Saya masih dalam tempoh untuk berkembang tetapi matlamat saya adalah untuk menjadi pengurus profesional satu hari nanti.”

”Sekarang saya perlu belajar dengan pantas, jadi saya boleh bersedia untuk masa hadapan,” ujar beliau lagi.

Meskipun kini bukan sebagai pemain profesional, Demichelis dan Klose masih di bawah satu bumbung apabila beliau kini melatih skuad bawah 19 tahun Bayern Munich manakala Miroslav Klose pula bertugas sebagai jurulatih pasukan bawah 17 tahun gergasi Jerman itu.

Kredit foto: sampics/Sampics/Corbis via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN