Martial Mahu Tinggalkan Man United, Tapi Belum Ada Pasukan Lain Berminat

Anthony Martial

Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick mengesahkan Anthony Martial mahu meninggalkan kelab berkenaan tidak lama lagi.

Martial yang mengadakan perbincangan bersama Rangnick sebelum itu memberitahu sudah tiba masa untuk beliau mencari perubahan baharu.

“Dia menjelaskan kepada saya yang dia sudah berada di Manchester United sejak tujuh tahun lalu dan dia merasakan kini adalah masa sesuai untuk perubahan dengan pergi ke tempat lain.”

Penyerang Perancis itu sebelum ini hanya beraksi dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan Premier League musim ini serta hanya meledak satu gol.

Walaupun Martial ingin meninggalkan Old Trafford, setakat ini masih belum ada kelab yang memberi tawaran buat pemain itu.

Phillipe Lamboley selaku ejen Martial mengesahkan pemain tersebut bakal meninggalkan kelab Inggeris itu pada Januari ini.

Untuk rekod, Martial mula menandatangani kontrak bersama Manchester United pada tahun 2015 dari kelab Monaco.

Pemain ini sudah menjaringkan 79 gol secara keseluruhan dalam 268 penampilan bersama skuad The Red Devils.

Martial mula disisihkan sejak kehadiran Edinson Cavani, Jadon Sancho, dan Cristiano Ronaldo.

Lebih malang, Martial langsung tidak membuat sebarang penampilan sejak Rangnick mengambil alih pasukan dan hany membuat 10 penampilan keseluruhan dalam semua pertandingan setakat ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN