Sebut sahaja nama – Marouane Fellaini- anda pasti sudah dapat membayangkan susuk tubuh seorang pemain berpenampilan yang tegap, tinggi dan memiliki gaya rambut afro gergasi yang ikonik.
Sinonim dengan panggilan ‘pokok’ dalam kalangan pengikut Liga Inggeris di negara ini, gaya rambut afro pemain ini mungkin akan tinggal kenangan bagi kita semua selepas ini.
Ubah penampilan
Pemain tengah Manchester United ini baru sahaja mengubah penampilan gaya rambutnya dengan drastik.
Fellaini berkongsi gambar terkini dengan penampilan rambut baru menerusi akaun Instagram peribadi @fellaini.
Tahun baru, azam mesti baru
Dalam gambar yang dimuat naik, Fellaini menulis bahawa beliau mahu menyambut ulang tahunnya ke-31 pada 22 November dengan penampilan baru.
Di samping itu, Fellaini juga bertekad untuk memberikan persembahan dengan corak permainan baru untuk tahun 2019 yang akan datang.
Pendandan rambut terkenal, Mitchell’s – Hair & Beuty Barber Club turut menunjukkan gaya terbaharu ke atas rambut pemain tengah itu.
Fellaini pemain ‘afro’ moden
Sejak awal penampilannya sebagai pemain bola sepak, Fellaini telah tampil dengan ciri-ciri gaya rambut afro.
Beliau mula dikenali ketika memperkuatkan Everton pada musim 2008 sehingga 2013.
Sepanjang bersama Everton, Fellaini pernah digelar sebagai antara pemain tengah terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kemudian Fellani telah berhijrah menyertai Manchester United ketika pasukan itu dibimbing oleh David Moyes.
Aksi Fellani di atas padang dengan gaya rambut afro membuatkan peminat bolasepak dapat mengimbas kembali nostalgia pemain-pemain legenda yang berambut afro seperti Carlos Velderrama.
Selain Fellaini, ramai lagi bintang terkenal bola sepak pada ketika ini memilih gaya rambut afro sebagai “trademark” penampilan mereka, antaranya Axel Witsel, Marcelo, Dante dan Willian.
Selain Fellaini, bintang muda Manchester United dari Belanda, Tahith Chong juga merupakan salah seorang pemain di Old Trafford yang menggayakan trend rambut sedemikian.
Reaksi
Kembali kepada gambar yang dimuatnaik Fellaini di Instagram, ia telah mendapat perhatian oleh mengikutnya termasuk juga rakan-rakan seperjuangan yang turut dilihat terkejut dengan imej baru bintang kelahiran Belgium itu.
Beberapa pemain turut memberi maklum balas pada gambar tersebut, antaranya Dries Mertens yang menulis – “nooooooooo”, dan Vincent Kompany – “It’s photoshopped, it can’t be true!!”.
Turut memberi reaksi ialah kelab Fellaini, Manchester United melalui akaun twitter rasmi milik mereka.
*Sees @Fellaini with a new haircut*
Don't say it
Don't say it
Don't say it
Don't say it
Don't say it
Don't say it
Don't say itUs: "Has this been Photoshopped?" 💇♂️ #MUFC pic.twitter.com/rbiaXsWnRe
— Manchester United (@ManUtd) November 14, 2018
Axel Witsel yang merupakan rakan sepasukan antarabangsa Felaini bersama Belgium juga turut tidak ketinggalan memberi reaksi di Twitter.
There’s only one Belgian Afro left 👀@BelRedDevils @Fellaini https://t.co/lErk9y0soW
— Axel Witsel (@axelwitsel28) November 14, 2018
Fellaini musim ini
Pada musim ini Fellaini telah tampil dalam sembilan perlawanan Manchester United di saingan EPL. Empat daripada penampilan tersebut adalah dari bangku pemain simpanan.
Tatkala aksi tidak konsisten dan prestasi merudum Manchester United pada musim menghantui Jose Mourinho, prestasi Marouane Fellaini sebagai pemain tengah bertahan adalah salah satu perkara positif yang boleh dibanggakan oleh pengurus dari Portugal itu.