Marlon Tak Pernah Lakar Jaringan Terbanyak Liga Super, Hanya Ghaddar Sahaja

Mohammed Ghaddar JDT 2017 Marlon Alex James 2008 rekod jaringan

Dalam satu artikel oleh Stadium Astro, diterangkan secara jelas bahawa rekod jaringan Marlon Alex James dalam saingan Liga Super musim 2008 adalah 21 gol sahaja, bukan 23 gol seperti diwar-warkan.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam majoriti media, rekod penjaring terbanyak saingan Liga Super sejak ia mula diperkenalkan pada musim 2004 adalah Marlon Alex James dan Mohammed Ghaddar.

Ifedayo vs Bergson, Persaingan Hangat Pecah Rekod Marlon, Ghaddar

Berikut adalah rekod penjaring terbanyak Liga Super berdasarkan ranking setelah dikemaskini:

  1. Musim 2017: Mohammed Ghaddar (Kelantan/JDT) – 23 gol
  2. Musim 2007: Keita Mandjou (Perak), Mohd Shahrazen Said (DPMM) – 21 gol
  3. Musim 2008: Marlon Alex James (Kedah) – 21 gol
  4. Musim 2011: Abdul Hadi Yahya (Terengganu) – 20 gol
  5. Musim 2015:  Dramane Traore (PDRM)– 20 gol
  6. Musim 2018: Rufino Segovia (Selangor)- 19 gol
  7. Musim 2016: Jorge Pareyra Diaz (JDT) – 18 gol
  8. Musim 2010: Ashaari Shamsuddin (Terengganu) – 18 gol
  9. Musim 2009: Nizaruddin Yusof (Perlis) – 18 gol
  10. Musim 2005: Julio Cesar Rodriguez (Sabah), Zacharia Simukonda (Perlis) – 18 gol
  11. Musim 2006: Keita Mandjou (Perak) – 17 gol
  12. Musim 2014: Paulo Rangel (Selangor) – 16 gol
  13. Musim 2013: Marlon Alex James (ATM) – 16 gol
  14. Musim 2012: Jean-Emmanuel Effa Owona (N.Sembilan), Francis Doe Forkey (Terengganu) – 15 gol
  15. Musim 2004: Indra Putra Mahayuddin (Pahang) – 15 gol
  16. Musim 2019: Kpah Sherman (Kedah) – 14 gol
  17. Musim 2020: Ifedayo Olusegun (Selangor) – 12 gol *Liga berlangsung 11 perlawanan sahaja

Adakah Ghaddar Akan Menempa Sejarah Baharu Penjaring Terbanyak Liga Super?

Oleh itu, pemegang rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super kini hanya milik seorang pemain iaitu Ghaddar yang meledak 23 gol bersama dua pasukan iaitu Kelantan (18 gol) dan JDT (5 gol).

Dan jika Bergson atau Ifedayo Olusegun berjaya memecah rekodnya musim ini, mereka akan muncul selaku penjaring terbanyak dalam sejarah dan paling indah, ia dicipta bersama satu pasukan sahaja.

Mengapa Marlon Alex James dikatakan hanya meledak 21 gol sahaja pada musim tersebut?

Ini adalah berdasarkan laporan-laporan perlawanan yang diperolehi daripada laporan berita perlawanan pada musim tersebut yang dihimpunkan oleh penulis, Lee Seng Foo di dalam artikel tersebut.

Hanya satu perlawanan yang menimbulkan persoalan sama ada Marlon Alex James benar-benar meledak hatrik ataupun hanya dua gol iaitu ketika menewaskan Selangor 6-2 dalam aksi ke-4 liga.

Utusan dan RTM melaporkan beliau meledak hatrik, namun hasil semakan penulis di The Star, Marlon Alex James hanya menghasilkan dua gol pada malam tersebut – satu gol lagi oleh Bernard Huggins.

Menurutnya, “Jika anda melihat semula rakaman perlawanan di YouTube, apabila Kedah menjaringkan gol kedua, James (#9) tampak berada jauh di far post dan langsung tidak menyentuh bola.”

“Sedangkan Huggins (#8) pula dilihat berlari meraikan jaringan tersebut, seperti beliau yang melakukan sentuhan penyudah untuk gol itu,” ulas Lee Seng Foo lagi mengenai satu-satunya gol yang diragui.

Jika jaringan itu diberikan kepada Marlon Alex James sekalipun, beliau hanya meledak 22 gol sahaja.

Selain itu, raja statistik Liga Malaysia, Devinder Singh turut menyatakan yang beliau hanya meledak 21 gol pada musim tersebut – dua gol dalam enam perlawanan dan satu gol dalam sembilan perlawanan.

Dalam kemaskini daripada pihak Malaysian Football League (MFL) baru-baru ini, iaitu ketika Bergson menyamakan rekod 23 gol, hanya dinyatakan nama Ghaddar dan tidak Marlon Alex James. Terang lagi bersuluh, penjaring terbanyak era Liga Super sejak 2004 kini hanya milik Ghaddar seorang sahaja.

Pada 2017, ketika menjawab kepada persoalan kemampuan Ghaddar untuk memecah rekodnya, Marlon Alex James sendiri terkejut, “Secara jujurnya saya tidak sangka saya adalah pemegang rekod tersebut.”

Jadi, terima kasih kepada penulis Stadium Astro, Lee Seng Foo. Artikel itu menjawab kepada persoalan mengapa MFL hanya meletakkan nama Ghaddar sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN