Marko Simic Senjata Baharu The Red Warrios Musim Depan?

Bekas penyerang import Negeri Sembilan dan Melaka United, Marko Simic bersedia menyarung jersi pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman mengesahkan pemain dari Croatia itu dijangka tiba di Kota Bharu hari ini untuk berbincang mengenai terma kontrak bersama mereka.

“KAFA memang berminat mendapatkan khidmat Simic pada musim depan dan ketika ini, kita hanya menunggu maklum balasnya.

“Jika dia bersetuju dengan tawaran KAFA, kita akan menandatangani kontrak dengan dia secepat mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.

Penyerang import berusia 30 tahun itu telah digugurkan oleh Melaka United dan kini berada dalam radar KAFA untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan jentera penggempur TRW.

Simic juga sebelum ini bermain untuk pasukan Negeri Sembilan pada kancah Liga Premier tetapi digugurkan pada pertengahan musim lalu.

Beliau juga sempat membantu skuad Melaka United untuk kekal dalam kempen Liga Super, musim depan.

Aksi Marko Simic ketika beraksi dengan pasukan Melaka United dalam saingan Liga Super musim ini. FOTO: Melaka United

Biarpun hanya separuh musim bersama skuad kendalian Eduardo Almeida, namun ternyata sentuhan penyudah Simic cukup tajam apabila meledak sembilan gol dalam lapan perlawanan termasuk kempen Piala Malaysia.

Selain Simic, pasukan Kelantan juga sedang meneliti beberapa calon pemain import dari Filipina dan Thailand untuk melengkapkan kuota import Asean.

“Buat masa ini, kita tidak bersedia untuk mendedahkan identiti pemain berkenaan walaupun sudah tular nama pemain tertentu di laman sosial,” katanya.

Menurut sumber dari laman sosial, pemain yang dimaksudkan ialah Pokklaw Anan dari Thailand dan Misagh Bahadoran dari Filipina. Namun begitu, Pokklaw nafi akan menyertai Kelantan.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, KAFA juga masih menilai prestasi pemain pertahanan tinggi lampai, Amiridzwan Taj Tajudin yang kini menjalani sesi ujian.

“Jika Taj (Amiridzwan Taj) melepasi ujian, KAFA akan menawarkan kontrak kepada dia. apa yang saya boleh beritahu, dia telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan tinggi dalam latihan, ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN