Mark Schwarzer: Pemergian Eden Hazard Satu Kehilangan Besar Tetapi Bukan ‘Bencana’ Buat Chelsea

Hazard

Bekas penjaga gol Chelsea, Mark Schwarzer mengakui bahawa pemergian Eden Hazard dari Stamford Bridge merupakan satu kehilangan besar buat The Blues.

Selepas menikmati tujuh tahun yang cemerlang bersama Chelsea, Hazard memilih untuk mengubah haluan dengan menyarung jersi pasukan impiannya, Real Madrid.

Namun, bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan Australia itu tidak melihat perkembangan tersebut sebagai bencana buat Chelsea bagi menghadapi saingan musim baru Liga Perdana Inggeris nanti.

Schwarzer percaya barisan yang dimiliki kelab London itu mampu untuk merebut kedudukan empat pasukan teratas serta bersaing hebat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

”Ia bukan menidakkan kepentingan Eden Hazard di dalam pasukan sejak beberapa tahun yang lalu.”

”Apa yang terjadi ketika ini adalah masih terdapat pemain lain dalam skuad ini, perlu mengorak langkah dan memperagakan prestasi lebih konsisten.”

CARDIFF, WALES – MAY 11: Mark Schwarzer of Chelsea catches the ball during the Barclays Premier League match between Cardiff City and Chelsea at the Cardiff City Stadium on May 11, 2014 in Cardiff, Wales. (Photo by David Rogers/Getty Images)

”Terdapat pemain Chelsea yang panas dan sejuk (memanaskan bangku simpanan) untuk beberapa musim dan kini mereka mempunyai peluang untuk membuktikan sesuatu.”

”Mereka telah kehilangan salah seorang daripada pemain terbaik di dunia dan ia merupakan kehilangan yang cukup besar, tiada keraguan mengenai perkara ini.”

”Bagaimanapun, Chelsea masih mempunyai pasukan yang sangat kuat dan mungkin dapat mempertimbangkan jumlah pemain yang akan mereka lepaskan untuk pinjaman.”

”Saya masih percaya Chelsea akan mencari penamat di kedudukan empat pasukan teratas. Mereka lebih mampu dengan kualiti pemain yang dimiliki dalam skuad tersebut, hanya perlu mencari kombinasi yang tepat,” jelas Schwarzer lagi.

Chelsea yang menghadapi hukuman larangan pembelian pemain bagi dua jendela perpindahan musim baru nanti, mungkin boleh menarik nafas lega apabila terlebih dahulu mengikat Christian Pulisic.

Kehadiran pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Eden Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN