Mario Mandzukic Ucap Selamat Tinggal Kepada Croatia

Penyerang Juventus, Mario Mandzukic mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak antarabangsa.

Penyerang berusia 32 tahun itu adalah sebahagian daripada anggota skuad Piala Dunia Croatia yang mara sehingga ke perlawanan akhir pada musim panas lalu.

Mandzukic adalah penjaring gol kemenangan ketika Croatia berhadapan England di separuh akhir, namun turut menjaringkan satu gol sendiri ketika menentang Perancis sebelum tewas 4-2 di perlawanan akhir pada 15 Julai yang lalu.

“Sebagaimana pencapaian meraih pingat perak (naib juara Piala Dunia) ini dengan tenaga baru, ia juga yang mendorong saya untuk membuat keputusan yang sukar ini.”

“Tempoh sebulan ini, dan ketika kepulangan ke tanah air adalah perkara yang akan saya akan kenang sepanjang karier saya.”

Mario Mandzukic (Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Ia adalah satu perjalanan yang indah. Saya sangat gembira, dan turut berbangga dengan pencapaian ini yang diperjuangkan sepanjang beberapa tahun yang lalu.

“Sudah tentu ia juga mengandungi pengorbanan, kekecewaan dan saat-saat sukar.”

“Tidak ada masa lain yang lebih sesuai untuk melangkah pergi. Jika boleh, saya percaya setiap dari kita akan terus menyarung jersi Croatia selagi hayat dikandung badan kerana tidak ada kebangaan lain yang lebih sempurna.”

Juventus forward Mario Mandzukic (17) vies with Lazio defender Patric (4) during the Serie A football match n.21 JUVENTUS – LAZIO on 22/01/2017 at the Juventus Stadium in Turin, Italy. (Photo by Matteo Bottanelli/NurPhoto via Getty Images)

“Namun saya merasakan, masanya sudah tiba untuk saya,” jelas Mandzukic dalam satu kenyataan penuh emosi.

Mandzukic yang beraksi bersama Juventus sejak 2015, telah menjaringkan 33 gol dari 89 penampilan keseluruhan untuk Croatia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN