Mario Gomez Nafi Minta Bayaran Tinggi, Jelaskan Cuma Mahu Kontrak Lebih Panjang

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikhabarkan bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan iaitu Mario Gomez menafikan yang beliau meminta wang yang lebih untuk menjadi jurulatih negara.

Menurut Malay Mail Online, Gomez menafikan dakwaan Presiden FAM yang mengatakan beliau mahukan bayaran gaji yang lebih sekiranya menjadi jurulatih Harimau Malaya.

Menurut Presiden FAM, Gomez mahukan beliau menerima gaji sebanyak yang beliau peroleh ketika menjadi ketua jurulatih dan pengurus pasukan JDT.

Namun begitu menurut Gomez, beliau menafikan perkara tersebut.

Ia tak benar

Menurut Malay Mail Online lagi, Gomez apa yang dikatakan oleh Presiden FAM itu adalah tidak benar mengenai beliau meminta gaji yang lebih tinggi sebagai jurulatih negara.

“Ia adalah satu perkara yang tak benar.”

“Saya tak minta gaji yang saya dapat sebagai jurulatih kebangsaan lebih banyak daripada apa yang saya peroleh ketika saya berada di JDT.”

Sebaliknya menurut Gomez, beliau sebenanrya mahukan kontrak yang ditawarkan kepadanya lebih lama daripada yang telah ditawarkan sebelum ini.

Gomez dikhabarkan ditawarkan kontrak sebagai selama 1 tahun sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya.

Bagi Gomez, beliau mahukan kontrak ditawarkan kepadanya dipanjangkan kepada 2 tahun.

Hal ini kerana, beliau memerlukan lebih masa untuk membangunkan skuad Harimau Malaya untuk menjadi skuad yang lebih mantap sebelum ini.

Untuk masa ini, status Gomez belum lagi sah sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Presiden FAM belum lagi memberikan respon mengenai apa yang dikatakan oleh Gomez tersebut.

“Kami ada berbual di telefon semalam, jawapan akan diberi dalam masa terdekat.”

Baca juga: Terkini: TMJ Beri Bayangan Kemungkinan Mario Gomez Tidak Kemudia Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN