Marian Mihail Calon Terbaharu Isi Jawatan Jurulatih Terengganu FC

Calon ketua jurulatih skuad Terengganu FC kini sedang hangat dibincangkan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas Irfan Bakti meletak jawatan secara mengejut pada bulan lalu.

Kekosongan jawatan tersebut telah menarik minat beberapa jurulatih tempatan dan luar negara yang sudah menghantar ‘resume’ kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sejak minggu lepas.

Terbaharu, bekas pengarah teknikal skuad kebangsaan Romania, Marian Mihail dilaporkan berminat untuk menimba pengalaman dalam Liga Malaysia bersama pasukan Terengganu FC.

Bola sepak Asia Tenggara bukanlah asing bagi Mihail yang pernah mengendalikan kelab divisyen 1 Vietnam FLC Thanh Hoa dalam saingan Piala AFC pada tahun lepas.

Malah, beliau juga memiliki lesen tertinggi kejurulatihan iaitu lesen profesional UEFA serta berpengalaman luas selama 40 tahun melatih beberapa negara dan kelab sekitar Eropah dan Asia adalah bekas pemain kebangsaan Romania dari tahun 1979-1985.

Mengulas mengenai calon tersebut, Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin menjelaskan pihaknya masih belum berbincang mengenai jawatan ketua jurulatih baharu dan akan berbuat demikian setelah menilai prestasi pasukan dibawah bimbingan Nafuzi Zain.

“Kita tidak bincang apa-apapun lagi setakat ini mengenai pengendali baru pasukan, spekulasi terlampau hebat.. kita putuskan penolong jurulatih, Nafuzi Zain sebagai pengendali sementara pasukan selepas peletakan jawatan Irfan.

“Selepas beberapa perlawanan, baru kita akan nilai semula perkara itu dan setakat ini kita akan lihat dulu macam mana prestasi pasukan,” katanya dalam Harian Metro

Selain Mihail, jurulatih berpengalaman dari Indonesia, Rahmad Darwaman yang juga merupakan bekas pengendali T-Team FC turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Rahmad yang pernah mengendalikan T-Team FC pada tahun 2016 hingga 2017 itu sudah pun menghantar ‘resume’ dan menyatakan minat untuk kembali semula ke Liga Malaysia.

Selain itu, Ulises Morais yang merupakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) juga dilaporkan oleh media tempatan berminat untuk menyertai Terengganu FC.

Menurut sumber tersebut, pengalaman Morais di Liga Malaysia menjadi kayu pengukur kepada pemilihannya bagi mengisi jawatan ketua jurulatih Terengganu FC.

Morais bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila beliau berjaya membimbing JDT dalam melakarkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut (Liga Super 2017).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN