Alan Shearer: “Rashford Tak Akan Dapat Jadi Penyerang Di Manchester United”

Sejak melakukan penampilan pertama beliau bersama Manchester United, Marcus Rashford dianggap sebagai salah seorang pemain yang cukup berpotensi untuk menjadi bintang besar untuk kelab tersebut.

Beliau menunjukkan potensi yang cukup baik sebagai seorang penyerang muda yang bakal menjadi sandaran kepada England satu hari nanti.

Namun menurut Alan Shearer, Rashford tidak akan berjaya capai potensi beliau sebagai penyerang jika masih berada di Manchester United.

Dipetik oleh laman FourFourTwo, legenda Newcastle United itu mengatakan yang peluang Rashford untuk menjadi penyerang di Manchester United jelas terhad.

Hal ini kerana, beliau terpaksa bermain di bahagian sayap dalam formasi kelab itu.

“Selagi Romelu Lukaku kekal cergas, tak mungkin Marcus Rashford akan bermain sebagai penyerang dalam formasi Manchester United.”

“Lihat pula siapa pengurusnya si Jose Mourinho. Beliau merupakan pengurus yang akan bermain satu penyerang sahaja. Tak mungkin akan Lukaku dan Rashford akan serentak sebagai pasangan serangan.”

Walaupun Shearer berkata demikian, namun beliau tidak berniat untuk menghasut pemain itu untuk berpindah jauh dari Old Trafford.

“Apa yang saya katakan ini bukanlah untuk mengajak beliau berpindah. Beliau sudah pun berada di kelab yang bagus.”

“Tetapi jika beliau mahu dikenali sebagai penyerang yang tajam, Manchester United bukannya tempat untuk dirinya.”

“Jika kita lihat kalau Lukaku tidak bermain, Mourinho akan letakkan Alexis Sanchez di tengah dan Rashford kekal di bahagian tepi.”

“Adakah Mourinho akan gunakan Rashford jika beliau ketandusan penyerang? Atau dia akan cari penyerang baru ketika jendela perpindahan?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN