Penyerang muda, Marcus Rashford yang dilihat semakin menyumbangkan peranan besar buat pasukan memasang impian untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United.
Peningkatan prestasi ditampilkan United juga menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu optimis bahawa kelab tersebut mampu untuk mengecapi zaman kegemilangan pada masa hadapan.
”Saya pasti mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris bersama [Manchester] United. Ketika saya membesar, saya melihat mereka memenangi kejuaraan-kejuaraan tersebut, ia merupakan satu perkara yang normal.”
”Kami berada di kedudukan yang baik pada ketika ini kerana saya boleh melihat bagaimana pasukan ini semakin menuju ke arah yang betul. Kami hanya perlu bersabar dan terus meningkatkan prestasi.”
Dalam pada itu, Rashford turut mengakui beliau telah menemui posisi yang ideal buat dirinya.
”Posisi di mana saya beraksi sekarang, adalah posisi kegemaran saya.”
”Ia bukanlah benar-benar pemain sayap kiri, bukan juga sebagai nombor 9. Apabila anda beraksi sebagai pemain nombor 9, anda perlu bersedia untuk tidak melihat bola, ia adalah sesuatu yang sukar.”
Selepas mengharungi 20 perlawanan liga, Marcus Rashford berjaya menjaringkan 12 gol serta mencipta empat bantuan jaringan, sementara itu Manchester United pula menghuni tangga kelima apabila mengumpul 31 mata.
Kredit foto: Shaun Botterill/Getty Images