Marcus Rashford Kini Jadi Pujian Ramai Orang

Marcus Rashford

Usaha murni yang dilakukan oleh bintang Manchester United, Marcus Rashford dalam membantu anak-anak England yang kesusahan sememangnya mendapat pujian ramai.

Tindakan yang dilakukannya itu pada mulanya dilihat sebagai satu usaha murni, tetapi selepas itu inisiatifnya itu menghasilkan impak yang tinggi apabila berjaya ‘mengoncang’ kerajaan United Kingdom (UK).

Sebelum ini, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson memilih untuk tidak meneruskan bantuan makanan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan pada musim panas ini.

Namun kini, beliau telah menarik balik keputusan itu serta melakukan pusingan-u untuk meneruskan bantuan tersebut selepas Rashford menulis surat terbuka kepada semua ahli parlimen di UK.

Tindakan Rashford ini kini mendapat pujian ramai pihak, dan pengurus-pengurus di Premier League turut memuji tindakannya.

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata:

“Sebagai kelab dan pengurus beliau semestinya, ianya cukup mengagumkan tentang apa yang dilakukan oleh Marcus Rashford sepanjang tempoh perintah berkurung ini.”

“Bukan sekadar apa yang beliau telah berjaya menukar fikiran Boris Johnson, tetapi juga mengenai apa yang dilakukannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.”

Bagi pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho beliau agak janggal melihat kerajaan hanya bertindak selepas tindakan dilakukan oleh seorang pemain bola sepak.

“Pelik bagi saya kerana seorang pemain bola sepak boleh jadikan ianya berlaku dan ianya berlaku kerana kerajaan sedar itu adalah satu perkara yang betul untuk dilakukan.”

“Mereka tidak perlu tunggu seorang pemain untuk secara terbuka meletakkan tekanan kepada mereka untuk menjadikan perkara itu nyata.”

Bagi pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula mengatakan Rashford dan rakan sepasukannya di England iaitu Raheem Sterling telah menggunakan platform mereka sebagai pemain dengan sebaiknya.

“Kita sebagai manusia dan kenapa kita tidak boleh nyatakan pendapatkan kita untuk menjadikan masyarakat lebih baik?”

“Rashford dan Sterling telah banyak kali menggunakan platform mereka untuk menjadikan masyarakat mempunyai kehidupan lebih baik.”

Rashford bakal kembali eraksi bersama-sama pasukannya menentang Tottenham Hotspur pada pagi ini.

Baca juga artikel kami mengenai Marcus Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN