Marcote Muat Naik Status Sedih, Akui Tetap Sayang Kedah FA

Disingkirkan atau direhatkan, kedua-dua istilah tersebut seolah-olah sinonim buat jurulatih atau pengendali pasukan di Liga Malaysia.

Baik ianya kerana desakan penyokong, mahupun kerana masalah prestasi pasukan, ianya akan sentiasa didebatkan di kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak di negara ini.

Marcote sedang mengendalikan sesi latihan Kedah. Foto: Facebook KFA

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan pengendali Kedah FA dari Sepanyol, telah direhatkan.

Susulan daripada tersebarnya perkhabaran tersebut, KFA mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengugurkan Marcote sebagai pengendali utama skuad Liga Super Lang Merah, dan diberikan peranan sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bolasepak KFA.

Perkembangan ini sekaligus menyaksikan KFA melantik kembali Nidzam Adzha Yusof ke jawatan Ketua Jurulatih pasukan berkenaan.

Nidzam Adhza adalah pembantu kepada Marcote untuk saingan Liga Malaysia pada musim ini, dan merupakan Ketua Jurulatih Kedah pada musim lalu.

Namun bersetujukah Marcote dengan perubahan yang dibawa oleh tampuk pengurusan KFA?

Dalam satu muat naik di laman Instagram peribadi jurulatih dari Sepanyol itu, Marcote jelas menyatakan kesedihan terhadap keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan juara Piala FA 2017 tesebut.

“Seperti yang anda semua ketahui, Kedah FA telah memutuskan saya tidak akan menyambung tugas sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA.”

“Saya menghormati keputusan tersebut (walaupun sudah tentu sedih akan keputusan tersebut). Ia adalah satu penghormatan, keseronokkan, dan kebangaan untuk mewakili pasukan Kedah di Liga Perdana (2015) dan Liga Super (2018).”

“Saya telah menjalankan tugas dengan kejujuran, kesungguhan dan nilai profesional. Saya sayangkan pasukan ini dan juga penyokongnya (malang sekali pada musim ini, saya hanya berkesempatan melalui 2 perlawanan di Stadium Darul Aman).”

Marco: As all of you know, yesterday Kedah FA decided unilaterally that I will not continue with my task as head coach for the Fa Kedah team. I show my respect for the decision of KFA (although of course sad because this decision ). It has been an honor, pleasure and pride to represent the shield of the kedah team in Premier League (2015) and in Superleague (2018). I have done it with honesty, passion and professionalism. I love this team and I love its fans (unfortunately this year we have only been able to meet us during 2 games in Darul Aman stadium). I have felt the warmth of kedah fans even in difficult moments. You will always be in my heart. ( Nothing will change this reciprocal feeling) All the best for the future. I will wish , I will pray for Kedah team can get trophies this year. In the next few days I will decide what my future is. Whatever my decision is, I will feel kedah as my home allways. #pulunkedahpulun #vam8ssss #weare8ne #nowfamilytime

A post shared by Ramón Marcote”Marco”?%??⚽ (@marcote8) on

“Saya turut merasai sokongan daripada penyokong Kedah di saat sukar. Anda semua akan sentiasa berada di dalam sanubari saya. (Tiada perkara yang boleh mengubah perasaan ini),” jelas Marcote dalam kenyataan di Instagram beliau.

Berdasarkan kenyataan ini, ianya adalah jelas jurulatih berusia 40 tahun ini belum lagi menentukan hala tuju walaupun ditawarkan peranan baharu oleh KFA.

Walau apapun keputusan yang diambil oleh Ramon Marcote, kami mahu mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN