Marcote Hampir Pasti Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Kedah

Bekas pengendali Kedah pada tahun 2015, Ramon Marcote dijangka akan kembali semula ke Alor Setar untuk membimbing skuad helang merah bagi menghadapi saingan liga super musim depan.

Jurulatih yang berasal dari Sepanyol itu dikatakan akan tiba dalam masa terdekat.

Pengurus Kedah, Datuk Jefferey Low Han Chow berkata kepada berita harian, proses rundingan membawa Marcote ke Alor Setar berjalan lancar dan beliau dijangka tiba selewat-lewatnya dua minggu lagi.

“Rundingan antara kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar dan kita jangka segala-galanya dapat diselesaikan untuk membolehkan Marcote hadir ke Kedah awal bulan ini.

“Cuma kita akan menunggu kehadiran beliau untuk proses rasmi yang akan diadakan di Alor Setar,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan pemain import baharu untuk Kedah, Jefferey berkata, selepas Marcote diumumkan secara rasmi nanti, pengendali itu akan memilih pemain yang akan mewakili Kedah nanti.

“Sebagai ketua jurulatih yang akan mencorakkan taktikal permainan, beliau akan membuat pilihan pemain dan saya yakin Marcote mempunyai perancangan yang lebih baik berkaitan pemain import,” katanya.

Berita mengenai kehadiran semula Marcote ke Kedah mendapat liputan meluas dikalangan penyokong tempatan yang rata-ratanya mahukan beliau kembali membimbing pasukan.

Sokongan turut dinyatakan Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew

Marcote pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan dan pemangku jurulatih bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir serta final Piala Malaysia.

KFA dikhabarkan sedang meneliti calon sesuai menggantikan khidmat Nidzam Adha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Helang Merah mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2017.

Selain Ramon Marcote KFA juga dikatakan meneliti khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez yang dianggap pilihan sesuai untuk membimbing pasukan Kedah berdepan cabaran Liga M musim 2018.

Ramon yang kini sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Phd ) dalam bidang sains sukan di Madrid berkata beliau sedia sekiranya dipanggil untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Saya kini bebas dan tidak terikat dengan mana mana pasukan, jadi saya sedia kembali ke Malaysia kerana ia adalah satu yang menarik buat saya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN