Marcote Akui Sukar Cari Calon Pemain Import Asean Yang Berkualiti

Ketika pasukan lain sudah pun menandatangani pemain import untuk mengisi kuota Asean tetapi pasukan Kedah masih lagi lagi berteka-teki mengenai calon pemain import tersebut.

Setakat ini Kedah hanya mempunyai 4 pemain import iaitu Sandro Mendonca, Liridon Krasniqi, Alvaro Silva dan Pablo Parralles tetapi pengendali pasukan itu, Ramon Marcote mahu pasukannya menggunakan khidmat 5 pemain import seperti pasukan lain.

Namun begitu, Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) belum membuat keputusan mengenai calon pemain import kelima walaupun sudah bersidang tentang perkara tersebut pada Isnin lalu di Wisma Darul Aman.

“Jika anda mahu bersaing dengan pasukan besar seperti JDT, Perak atau pasukan lain, Kedah juga perlu seperti mereka dengan menggunakan jumlah import yang sama jika berusaha untuk menang terutamanya pada saingan Liga Super.

“Saya berharap namun jika KFA lihat ia bukan satu keperluan buat masa sekarang, kami akan menggunakan pemain tempatan sedia ada sebaik mungkin. Kita akan cuba bersaing dan menang pada setiap perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dengan perlawanan pembukaan Liga Super hanya tinggal 10 hari lagi, Marcote menjelaskan beberapa pemain asean yang diminatinya telah menyertai pasukan lain dan mengakui sukar untuk mencari pemain Asean yang berkualiti dalam tempoh masa yang singkat.

Bagaimanapun, beliau akui ia merupakan masa yang sukar dan suntuk untuk memburu pemain import Asean yang berkualiti dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, media vietnam melaporkan kapten skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet dikatakan bakal menyertai pasukan Kedah untuk mengisi slot Asean bagi menghadapi saingan Liga Super 2018.

Laman facebook rasmi kelabnya, Hanoi FC turut memaparkan gambar beliau dengan ucapan “we will miss you” (Kami akan merindui anda) menguatkan lagi spekulasi mengenai penghijrahan pemain ini ke luar Vietnam.

Menurut media Vietnam, Nguyen pada mulanya dikaitkan dengan pasukan juara liga Thailand, Buriram United tetapi dinafikan oleh kelab tersebut yang telah menandatangani pemain Vietnam kelahiran Nigeria, Hoang Vu Samson.

Namun begitu, Presiden Hanoi FC, Nguyen Quoc Hoi mengesahkan Nguyen masih mempunyai baki kontrak selama 2 tahun dan kekal dengan kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN