Marcos Rojo & Zlatan Ibrahimovic Terpaksa Ditenangkan Ketika Latihan

Marcos Rojo mendedahkan bahawa dirinya dan Zlatan Ibrahimovic telah diarahkan oleh Jose Mourinho untuk bertenang ketika sesi latihan bagi mengelakkan kedua-dua pemain daripada mengalami kecederaan.

Jose Mourinho dipercayai terpaksa menenangkan kedua-dua pemain setelah kedua-duanya terlampau serius dan fizikal dalams sesi latihan yang diadakan.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Kedua-dua pemain baru sahaja pulih daripada kecederaan yang sama (ACL), juga tercedera di dalam perlawanan yang sama pada April lalu. Kedua-dua pemain mulai kembali menyertai cabaran skuad The Red Devils baru-baru ini.

Ditanya mengenai pengurus dan pengendali pasukan, Rojo memberitahu Clarin, sebuah akhbar berpengkalan di Argentina:

“Jose Mourinho kelihatan gembira. Beliau sentiasa gembira. Beliau adalah individu yang rapat dengan pemain dan juga telah membantu saya dalam banyak perkara, terutama untuk menampilkan prestasi terbaik dalam permainan.”

“Mourinho sentiasa mengingatkan kami supaya bertenang ketika melakukan latihan. Itu kerana dengan karakter seperti Ibrahimovic di dalam pasukan, kami boleh saling berbunuhan dengan sepakan-sepakan.”

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

“Ibrahimovic adalah pemain yang mempunyai karakter yang menarik. Bagi yang tidak mengenali beliau, anda akan menganggap pemain ini besar kepala.”

“Sebenarnya Ibrahimovic adalah pemain yang hebat. Ibrahimovic adalah pemain yang sentiasa mahu tampil untuk memenangi kesemua perkara yang ada di hadapannya.”

“Saya turut bertanya kepada Ibrahimovic jika beliau akan kembali menyertai Sweden untuk ke Piala Dunia, dan beliau menjawab tidak.”

“Saya tidak begitu pasti dengan jawapan tersebut kerana pada pendapat saya, pemain seperti Zlatan Ibrahimovic harus berada dalam kejohanan seperti Piala Dunia.”

(Photo credit should read ODD ANDERSEN/AFP/Getty Images)

Ibrahimovic kembali daripada kecederaan dan tampil dalam perlawanan sulungnya pada musim ini, selepas berehat panjang akibat kecederaan ACL dalam kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Newcastle pada minggu lalu.

Manakala Marcos Rojo kembali beraksi ketika United tewas menentang Basel dalam aksi UEFA Champions League (UCL) pada pertengahan minggu yang lalu.

Sudah tentu Mourinho akan terus memerhatikan tingkah laku kedua-dua pemain ini di dalam sesi latihan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN