Marcos Rojo benar-benar menikmati kejayaan beliau membantu Boca Juniors memenangi gelaran Copa de la Liga awal pagi tadi dengan cara yang sangat santai dan sensasi.
Boca Juniors berjaya memenangi gelaran domestik ke-50 mereka pada hari terakhir saingan Argentine Primera Division selepas kejayaan mereka mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Tigre di La Bombonera.
Bekas pemain Manchester United, Rojo membuka tirai jaringan sebelum rehat separuh masa menerusi gol tanduk padu untuk menewaskan penjaga gol lawan, Gonzalo Marinelli.
https://twitter.com/CZV33v6/status/1528489599957352453?t=nzYjQPr4Cb_FYcznh7_Meg&s=19
Frank Fabra dan Luis Vasquez masing-masing kemudiannya meledak satu gol untuk membantu Boca mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Tigre.
Rojo meraikan kejayaan Boca itu dengan cara yang sungguh santai dan sungguh luar biasa dasyat selepas tamat perlawanan tersebut.
Pemain berusia 32 tahun itu dilihat merokok dan meminum bir sambil duduk di atas padang bagi meraikan kejayaan Boca.
Marcos Rojo does what he wants as a Champion 🏆 🇦🇷 💙 💛 😬 https://t.co/ZFKBdmT2nv
— 🏴🇾🇪 𝓐𝓷𝓽𝓸𝓷 𝐌𝐔𝑭𝑪 🏟🔴⚪⚫🇾🇪 (@antonmathias7) May 23, 2022
Abro hilo de Marcos Rojo fumando, tomando birra y comiendo pizza. Cierro hilo. pic.twitter.com/vZIKjNtZ2e
— 🇸🇪 Pablo (@Pablo87Ok) May 22, 2022
Marcos Rojo lungs getting toasted.. https://t.co/76uXndlh0r
— Tollis (@skjermskudd) May 23, 2022
Former Manchester United player Marcos Rojo…
Legend 😂 #mufc pic.twitter.com/TtGiw70Hz1
— Manchester United (@ManUtds_News) May 23, 2022
Belum ada mana-mana pemain yang mampu meraikan kejayaan pasukannya dengan cara yang langsung tidak sihat seperti mana cara Rojo lakukan hari ini.
Selepas membuat 122 penampilan bersama skuad Red Devils, Rojo akhirnya memutuskan untuk kembali ke kelab asalnya, Estudiantes pada tahun 2020 sebelum menandatangani kontrak bersama Boca Juniors.
Kemenangan itu secara tak langsung telah melayakkan Boca untuk beraksi di pentas Copa Libertadores pada tahun 2023 nanti.
🔚 ¡GRITALO, FESTEJALO, ABRAZATE PORQUE GANÓ #BOCA Y ES EL CAMPEÓN!
⚽ #Boca 3 – Tigre 0
☑️ Goles: Marcos Rojo, Frank Fabra y Luis Vázquez.#VamosBoca 🟦🟨🟦#LPF pic.twitter.com/r4SXUAAGCN
— Boca Juniors (@BocaJrsOficial) May 22, 2022
Tindakan Rojo pada hari ini sebenarnya mengingatkan peminat kepada hal yang dilakukan oleh Zlatan Ibrahimovic ketika meraikan kejayaan AC Milan menjuarai saingan Serie A awal pagi tadi.
Zlatan Ibrahimovic hisap curut meraikan kejayaan AC Milan menjuarai Scudetto
Zlatan Ibrahimovic meraikan kejayaan AC Milan menjuarai saingan Serie A dengan cara yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Gelaran Scudetto bersama Milan merupakan piala ke-32 Zlatan Ibrahimovic sepanjang kariernya yang sungguh luar biasa gemilang itu.
“I won’t quit until I have won something with this Milan side.”
A 38-year-old Zlatan Ibrahimović returned to a struggling Milan team. Today, the 40-year-old helps them lift their first Serie A title in 11 years 🦁 pic.twitter.com/p0STQ2hXC1
— B/R Football (@brfootball) May 22, 2022
Pemain kebangsaan Sweden yang kini berusia 40 tahun itu sekali lagi membuktikan yang usia sekadar nombor dan tidak akan mempengaruhi hal lain.
Di usia 40 tahun, beliau masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang dan membantu Milan untuk memenangi gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 11 tahun ini.
Selepas cemerlang meledak 16 gol dari 26 perlawanan musim lalu, Ibrahimovic pada musim ini hanya sekadar membuat 12 penampilan sahaja dalam saingan liga dan menjaringkan lapan gol.
Walau bagaimanapun, impak yang beliau tunjukkan baik di dalam mahupun di luar padang jelas sekali satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.
ZLATAN IBRAHIMOVIC COOL WITH IT pic.twitter.com/tZYpbppJ9W
— Karim ⛱ (@Futball_Karim) May 22, 2022
Pada awal tahun ini misalnya, pemain pertahanan Milan, Fikayo Tomori telah mendedahkan kepada umum tentang pengaruh Ibrahimovic di bilik persalinan kelab.
“Dia ada aura sendiri di bilik persalinan dan ketika dia berada di atas padang atau ketika dia tidak bermain, kamu akan dengar suara dia menaikkan semangat semua orang.”
Jelas Tomori.
“Dia pemimpin sebenar, ketika dia bermain dia beri semua orang semangat dan walaupun dia tak kerap bermain musim ini, dia tetap berjaya jaringkan gol.”
Dua gol jaringan Olivier Giroud dan satu gol jaringan Franck Kessie sudah cukup untuk membantu Milan menjuarai saingan Scudetto musim ini.
Selepas wisel penamat dibunyikan, Ibrahimovic telah menghangatkan suasana di San Siro dengan entrance beliau yang dasyat.
Room for a Serie A title on there, @Ibra_official? 🏆 pic.twitter.com/t3O9f8Q2rR
— GOAL (@goal) May 22, 2022
Dengar curut di tangan, bekas bintang United dan Barcelona itu turut sempat menyemburkan champagne dan berdiri di tengah padang dengan gaya yang sungguh santai.
Just Zlatan doing Zlatan things. 🍾 😂 pic.twitter.com/cxLCdpRSba
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) May 22, 2022
Ibrahimovic turut mendedahkan yang kejayaan beliau memenangi piala bersama Milan merupakan satu kepuasan yang teramat sangat.
“Ketika saya kembali, di sidang media, saya kata saya akan bawa Milan kembali ke puncak.”
Jelas Ibrahimovic.
“Ramai orang ketawa dan sekarang kami di sini dan kami memenangi Scudetto. Kami banyak lakukan pengorbanan, tapi tiada yang mustahil. Saya banyak menderita pada tahun ini, saya akan bercakap dalam tempoh beberapa hari akan datang, tapi sekarang saya mahu menikmati kejayaan ini.”
Ibrahimovic turut mendedikasikan kejayaan tersebut untuk bekas ejennya, Mino Raiola yang baru sahaja meninggal dunia bulan lalu.
Zlatan Ibrahimović after winning the title: “I will continue playing if I feel good physically. My decision will be made soon, I had many physical problems but I will decide soon”. 🇸🇪 #ACMilan
“This Scudetto is for Raiola. It’s the first title I win without Mino by my side”. pic.twitter.com/12q5ZPAqtO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 22, 2022
“Saya dedikasikan kepada Mino Raiola.”
“Saya hampir ke Napoli, kemudian dia kata kepada saya yang saya satu-satunya orang yang boleh selamatkan Milan. Jadi saya dedikasikan untuk dia.”