Jurulatih Chelsea, Marco Ianni didenda sebanyak £6,000 olah Football Association (FA) kerana meraikan gol yang dianggap berbentuk provokasi terhadap Jose Mourinho.
Ianni meraikan gol penyamaan Chelsea di hadapan pengurus Manchester United itu, selepas kelab London tersebut menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-1 pada minit ke-96 perlawanan.
Perbuatan Ianni itu nyata tidak disenangi oleh Mourinho yang pantas bangung dari tempat duduk beliau, sebelum menyerbu ke arah jurulatih dari Itali itu.
FA dalam pendakwaan mereka mengakui perbuatan Ianni sebagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam bola sepak.
Mourinho bagaimanapun terlepas dari sebarang dakwaan oleh FA atas penglibatan beliau dalam insiden tersebut. Namun demnikian pengurus dari Portugal itu diberi peringatan oleh FA atas tanggungjawab beliau atas sikap yang dipamerkan.
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri telah memohon maaf akan perlakukan jurulatih di bawah kendalian beliau itu sejurus selepas perlawanan, sebelum meminta Ianni untuk melakukan perkara yang sama.
Mourinho mengesahkan Ianni telah berjumpa dengan beliau secara peribadi untuk memohon maaf.
Perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada 20 Oktober di Stamford Bridge tersebut turut menyaksikan beberapa staff kejurulatihan dan pemain terlibat dalam pergeseran dalam insiden tersebut, menyebabkan perlawanan dihentikan seketika.
Meraikan gol adalah perkara biasa di dalam bola sepak. Walau apa cara sekalipun ianya dilakukan, ia harus dilakukan menurut garis panduan dan tidak melanggar etika demi semangat kesukanan dan bola sepak itu sendiri.