Marcelo Tidak Gusar Dengan Real Madrid Walaupun Hadapi Musim Sukar

Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo menganggap musim sukar yang dihadapi oleh pasukannya kali ini hanyalah sekadar ujian sementara sahaja.

Real Madrid tumbang dalam perlawanan terakhir La Liga musim ini apabila ditewaskan oleh Real Betis di laman sendiri.

Lebih memilukan, gol kemenangan Real Betis dijaringkan oleh bekas pemain mereka sendiri iaitu Jese Rodriguez.

Bercakap selepas perlawanan tamat, Marcelo mengatakan status Real Madrid sebagai pasukan terulung Eropah tidak terkesan disebabkan oleh satu musim yang buruk.

“Kami telah memenangi pelbagai kejuaraan beberapa tahun kebelakangan ini dan satu musim sukar tidak akan rosakkan reputasi Real Madrid.”

“Saya yakin kami akan kembali ke prestasi terbaik selepas ini. Real Madrid tak akan berputus asa dan kami akan berjuang untuk segalanya.”

Dalam masa yang sama, Marcelo memberikan bayangan akan terus kekal bersama Real Madrid pada musim akan datang.

“Pemain datang dan pergi, ada yang telah melakar sejarah dan ada yang terus melakukan perkara tersebut.”

“Namun ianya bukanlah ucapan selamat tinggal bagi saya. Ianya adalah kata-kata perpisahan kepada musim yang cukup sukar.”

Real Madrid menamatkan musim penuh derita 2018/2019 dengan menduduki tangga ke-3 dengan mengutip hanya 68 mata dalam sainga La Liga.

Mereka turut tersingkir di tangan Barcelona ketika aksi separuh akhir Copa Del Rey.

Di Eropah, mereka disingkirkan oleh Ajax Amsterdam di peringkat 16 pasukan terakhir.

Musim ini juga menyaksikan 3 individu menjadi pengurus pasukan Real Madrid iaitu Julen Lopetegui, Santiago Solari dan juga Zinedine Zidane.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN