Marcelo Bielsa Ganti Balik Duit Denda EFL Terhadap Leeds Kerana Isu ‘Spygate’

Marcelo Bielsa

Ketua jurulatih Leeds United, Marcelo Bielsa mendedahkan beliau telah mennggunakan duit poket sendiri berjumlah £200,000 atau bersamaan dengan RM1.1 juta, untuk membayar denda yang dikenakan oleh English Football League (EFL) disebabkan isu ‘Spygate’.

Pihak EFL mendenda Leeds pada Februari lalu selepas salah seorang kakitangan pasukan mereka didapati mengintai sesi latihan pasukan Derby. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa di beberapa negara, perbuatan mengintai sesi latihan pihak lawan dianggap sebagai percubaan melakukan penipuan di England.

Photo by Getty Images

Jurulatih berusia 63 tahun itu kemudiannya mengakui bertanggungjawab menghantar kakitangan beliau untuk menilai setiap latihan pasukan lawan mereka sepanjang musim ini.

“Jumlah denda oleh EFL ialah £200,000 – ia adalah denda terhadap kelab, dan bukan untuk saya. Tetapi saya bertanggungjawab untuk apa yang berlaku,” ujar Bielsa dalam sidang media selama hampir sejam dan menyentuh banyak perkara.

“Inilah sebab utama mengapa saya membayar denda itu dari poket saya sendiri,” tambah beliau.

Dalam sidang media yang sama beliau juga berpendapat pihak Football Association (The FA) tidak perlu mendenda pemain Aston Villa, Conor Hourihane kerana menumbuk pemain Leeds, Mateusz Klich dalam perlawanan kontroversi yang berkesudahan 1-1 di Elland Road pada Ahad lalu.

Bielsa turut bercakap dengan penuh emosi mengenai masa depan beliau di Leeds sekiranya kelab itu gagal ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) melalui perlawanan play-off.

Ini adalah musim pertama Bielsa mengurus pasukan di England, dan beliau menekankan betapa pentingnya beliau harus menghormati peraturan bola sepak di negara tersebut.

“Tidak ada perkara yang paling teruk bagi seorang orang asing yang datang,  dan kemudian mengkritik seisi rumah kerana perbuatannya seorang tidak sama.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang berada di Championships, tetapi mengkritik [liga] Championship.

“Kerana itulah saya yang perlu membayar denda itu. Kerana tindakan saya yang melanggar peraturan.

“Saya mendedahkan perkara ini kerana menghormati prinsip setiap pihak. Saya juga mahu bertanggungjawab, maka saya membayar denda itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN