Marc Barta Jumpa Peminat Dortmund Yang Beranikan Diri Duduk Di Kawasan Schalke 04

Marc Batra kini dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak yang disayangi bukan sahaja peminat Borrusia Dortmund, malah peminat bola sepak secara umumnya.

Hal ini kerana beliau telah lakukan sesuatu yang menyentuh hati semua pihak baru-baru ini.

Lupakan insiden beliau ditewaskan Gareth Bale dalam ‘acara pecut’ ketika perlawanan akhir Copa Del Rey satu ketika dahulu, kini ada cerita lain untuk pemain dari Sepanyol ini!

Cari dia!

Ketika perlawanan Ruhr Derby diantara Borrusia Dortmund dengan Schalke 04 di Velntis Arena, seorang penyokong Dortmund telah melakukan satu perkara yang diluar jangkaan.

Peminat Dortmund duduk di kawasan tempat duduk penyokong Schalke 04 sambil menyarung jersi kuning Dortmund ketika perlawanan.

Lebih menarik, beliau adalah seorang wanita bernama Steffi.

Keberanian Steffi itu telah menarik perhatian Batra lalu beliau melancarkan kempen mencari wanita tersebut di laman Twitternya.

Beliau mengambil masa selama seminggu untuk dapat berjumpa dengan wanita tersebut selepas tweet beliau berjaya memperoleh 8 ribu retweet.

Steffi sebenarnya merupakan peminat setia Borrusia Dortmund manakala suaminya adalah peminat Schalke 04.

Oleh kerana itulah beliau terpaksa duduk di kawasan penyokong Schalke 04 sambil memakai jersi Dortmund.

Suaminya adalah lelaki berkaca mata tersebut.

Hasilnya, beliau berjaya bertemu dengan peminat tersebut. Dan Batra menghadiahkan beliau dengan jersi beliau yang ditandatangani oleh beliau sendiri.

Batra menggangap Steffi sebagai seorang peminat Dortmund yang berani kerana tak gentar memakai jersi Dortmund di kawasan musuh tradisi mereka.

Satu tindakan yang cukup baik dari Batra untuk peminatnya. Heja BVB!

Baca juga: Bintang Juventus, Giorigio Chiellini Terima Ijazah Sarjana Dalam Pengurusan Bisnes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN