Marah Dipanggil Keanak-anakan, PSSI Kembali Bidas Steve Darby

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan jelas tidak senang dengan kenyataan dibuat oleh Steve Darby yang menyifatkan organisasi tersebut sebagai keanak-anakan.

Menerusi kenyataan Steve Darby sebelum itu, beliau menyatakan PSSI sedemikian kerana organisasi tersebut dikatakan bakal keluar daripada badan AFF dan ingin bergabung bersama EAFF.

PSSI dikatakan mahu membuat tindakan tersebut setelah kecewa dengan AFF yang dikatakan tidak begitu adil dan gagal memberi maklum balas mengenai insiden dalam saingan Piala AFF B-19 baru-baru ini.

Segalanya bermula apabila PSSI telah menghantar surat protes beserta video rakaman pada aksi Piala AFF B-19 lalu ketika perlawanan membabitkan Thailand dan Vietnam.

Menurut organisasi tersebut, kedua pasukan tersebut beraksi dengan agak mencurigakan dan sekadar terikat seri, sekali gus tidak melayakkan Indonesia ke peringkat separuh akhir.

Terkesan dengan perkara tersebut, PSSI mengambil keputusan untuk membuat protes dengan menghantar surat kepada AFF serta AFC.

Namun segalanya tidak mendapat keputusan diharap mereka dan para penyokong Indonesia membuat protes di media sosial supaya mereka keluar dari kelompok AFF serta membentuk gabungan baharu bersama EAFF.

Iriawan jelas tidak puas hati apabila menganggap Steve tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kepada PSSI.

Sebaliknya, Iriawan menasihatkan agar Steve lebih mengkritik kepada aksi bekas pasukan kendaliannya iaitu Thailand dalam saingan tersebut.

“Yang bersifat kanak-kanak itu Thailand sewaktu beraksi di atas padang. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk keluar daripada AFF selain netizen,” jelas Iriawan menerusi Bola.com.

Menerusi kenyataan sebelum ini, rata-rata penyokong Indonesia jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan daripada Steve kerana dilihat agak keterlaluan.

Menurut Steve, AFF pastinya tidak akan membiarkan Indonesia sebegitu sahaja berpindah ke EAFF kerana alasan ingin dikemukakan menurut beliau jelas tidak kukuh.

“PSSI bersikap keanak-anakan mengenai perkara tersebut. AFF pastinya tidak akan membenarkan Indonesia keluar begitu sahaja selain EAFF pun tidak menerima sewenang-wenangnya.

“Adakah PSSI ingin keluar daripada AFF kerana alasan sebegitu sahaja? Sepatutnya mereka perlu mengemukakan sebab lebih kukuh.

“Saya yakin perkara ini akan cepat selesai. Saya tak rasa EAFF ingin membenarkan Indonesia sertai mereka.

“Selain alasan tidak sebegitu kukuh, faktor campur tangan politik di Asia Tenggara juga bakal terjadi jika ia terus berlanjutan,” jelas Steve.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN