Maradona: “Jika Napoli Mahu Saya Jadi Pengurus Mereka, Saya Bersedia!”

Diego Maradona nyata merupakan seorang ikon kebanggaan pasukan Serie A iaitu Napoli sejak bertahun lamanya.

Beliau sentiasa dikenang sebagai antara pemain yang cukup berjaya untuk pasukan tersebut untuk bertahun lamanya.

Namun jika beliau hebat sebagai penyerang, mampukah beliau hebat sebagai jurulatih?

Sedia berkhidmat

Ketika bercakap kepada AS, Maradona sendiri mengaku yang beliau sedia berkhidmat terhadap bekas pasukannya itu jika diberikan peluang.

Beliau sendiri mendedahkan yang beliau hampir menjadi pengurus Napoli pada Januari lalu namun Presiden Napoli tidak melakukan tawaran rasmi kepada beliau.

Namun beliau nyata sedia untuk menjadi pengurus jika peminat Napoli mahu beliau kembali ke Stadio San Paolo.

“Jika mereka mahu saya jadi pengurus mereka, saya bersedia!”

Namun begitu, angan-angan beliau untuk menguruskan Napoli terhalang dengan masalah cukai yang dihadapi beliau di Itali.

Untuk rekod, Maradona ada masalah cukai sebanyak €39 juta dengan penguatkuasa cukai di Itali.

“Saya perlu selesaikan masalah cukai saya di Itali dan barulah saya akan fikir untuk jadi pengurus di Napoli.”

“Jika saya uruskan Napoli, saya mahu jadikan mereka pasukan yang mantap. Hal ini kerana Napoli perlu semantap Juventus, AC Milan, Internazionale dan juga AS Roma.”

Baca juga: Kerana Isu Cukai, Neymar Dijangka Tak Boleh Bermain Sepanjang Tempoh Perbicaraan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN