Maradona Mahu Kembali Jadi Jurulatih Argentina

Skuad kebangsaan Argentina dikritik hebat oleh legenda bola sepak negara tersebut, Diego Maradona selepas tewas kepada Nigeria, 2-4 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Rusia.

Beliau juga merayu supaya diberi peluang sekali lagi untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

Maradona yang pernah membimbing Argentina pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 tampil meluahkan kekecewaannya dalam laman sosial Instagram miliknya.

“Saya marah kerana mereka sudah membuang prestij kami, tapi ia bukan disebabkan oleh kesilapan pemain,” katanya.

“Saya Mahu Kembali !!!”

Maradona yang ketika ini mengendalikan kelab Emiriah Arab Bersatu, Al Fujairah turut memaparkan statistik 11 pengendali terkini Argentina sambil menunjukkan kadar kejayaannya adalah 75 peratus.

https://www.instagram.com/p/BbfKYx0g3zv/?taken-by=maradona

Statistik peratusan kemenangan itu menunjukkan peratusan kemenangan Maradona lebih tinggi berbanding Cesar Luis Menotti yang memenangi Piala Dunia pada 1978 dan Carlos Bilardo yang menjulang trofi keagungan itu pada 1986 ketika Maradona berada di puncak prestasi.

“Siapa paling banyak menang??” tulis Maradona dalam instagramnya.

“Kita membuat kesimpulan sendiri.”

Bekas penyerang Boca Juniors dan Napoli itu mengemudi Argentina ke suku akhir Piala Dunia di Afrika Selatan sebelum mereka disingkirkan oleh Jerman.

Jurulatih Argentina ketika ini, Jorge Sampaoli mengharungi kempen tidak konsisten sejak mengambil alih tugas berkenaan Jun lalu apabila menang empat daripada lapan perlawanan namun hanya satu daripadanya aksi kompetitif.

Argentina mencari jalan sukar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan apabila menang perlawanan kelayakan terakhir menentang Ecuador yang dibantu hatrik Lionel Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN