Maradona: “Jika Dahulu Ada VAR, Selain Gol Saya, Gol England Pun Tidak Wujud”

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi telah menjadi sebahagian daripada bola sepak.

Ianya bermula dengan teknologi garisan gol, dan kini sistem pembantu pengadil video (VAR) kini telah diuji di beberapa kejohanan FIFA, termasuk Piala Konfederasi FIFA baru-baru ini di Rusia.

Diego Maradona antara individu berpengaruh yang menyokong VAR. Beliau mahukan bola sepak juga mengalami perubahan termasuk dari segi teknologi. Bercakap kepada FIFA dalam satu temu ramah esklusif, Maradona berkata:

“Bola sepak tidak boleh ketinggalan dari segi teknologi memandangkan sukan lain sudah menerima banyak teknologi. Kenapa kita perlu menolak?”

“Ramai orang akan menganggap VAR ni buang masa. Terlalu banyak masa diambil di dalam padang dan menimbulkan gangguan. Tapi itu bukan masalah utama.”

“Lebih penting adalah orang yang berhak mendapat hak mereka. Orang akan lagi tersinggung jika sesuatu yang mereka berhak dapat tetapi tidak dapat.”

“Misalnya gol anda dibatalkan sedangkan ia gol bersih. Jadi, teknologi VAR ini telus dan memberikan peluang untuk pasukan yang tidak berpuas hati melihat video rakaman.”

Dalam membicarakan soal ketelusan, Maradona ditanya, adakah beliau pernah memikirkan tentang jaringan Hand Of God beliau ketika Piala Dunia 1986 Mexico ketika menentang England. Maradona menjawab

“Jelas sekali saya ada memikirkannya, namun saya tetap menyokong teknologi ini,” katanya sambil ketawa.

“Pastinya gol itu tidak pernah wujud jika teknologi ini sudah wujud ketika itu.”

“Dan, biar saya akan beritahu anda sesuatu yang lain. Pada Piala Dunia 1990 saya menggunakan tangan saya untuk mengeluarkan bola dari garisan gol ketika menentang Kesatuan Soviet.”

“Kami bernasib baik kerana pengadil tidak melihatnya. Anda tidak dapat menggunakan teknologi pada masa itu, tetapi ia adalah cerita yang berbeza hari ini.”

Maradona juga seakan-akan mengambil kesempatan untuk mengusik penyokong England yang sudah pastinya akan menjadikan beliau bahan jenaka kerana menyokong VAR. Beliau siap-siap sudah memberikan kenyataan ini dalam keadaan tersenyum:

“Jika VAR sudah ada sejak dahulu lagu, bukan gol saya pada 1986 sahaja yang tidak dikira.”

“Jangan lupa bahawa England memenangi Piala Dunia pada 1966 dengan bola tidak melepasi garisan gol. Kemudian berlaku kepada mereka pada tahun 2010, ketika rembatan Lampard melepasi garisan gol ketika menentang Jerman tetapi gol tidak diberikan.”

“Terdapat banyak insiden di mana sejarah Piala Dunia akan berbeza jika teknologi telah digunakan. Namun, sudah waktunya untuk menukar semua itu. ”

Sumber

FIFA – http://www.fifa.com/about-fifa/news/y=2017/m=7/news=maradona-var-would-have-disallowed-my-goal-against-england-2901486.html?intcmp=fifacom_hp_module_news_top

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN