Lagenda Argentina melabelkan Messi sebagai teddy bear, atapun kiasan bahawa pemain ini tidak ganas dan bersifat comel.
Namun siapa sangka teddy ini digantung 4 perlawanan kerana kata-kata kesat kepada pembantu pengadil.
Maradona merasakan ia tidak setimpal. Beliau berjanji akan bercakap dengan Infantino tentang kes ini.
Maradona ingin tahu, apakah kata-kata kesat Messi itu sangat teruk sehingga digantung 4 perlawanan.
Penggantungan ini bermakna, Argentina akan kehilangan dalam 3 lagi baki perlawanan kerana 1 perlawanan sudah digantung sebelum ini.
Argentina hanya ada 4 lagi baki perlawanan kelayakan. Buat masa ini, Messi hanya akan bermain dalam perlawanan kelayakan yang terakhir.
AFA sudah menyatakan hasrat mereka untuk merayu kepada FIFA. Ini kerana, Messi meyumpah kepada ‘angin’ dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Messi hanya geram dengan keadaan.
Maradona berkata:
“Digantung 4 perlawanan itu terlalu berat. Kata-kata kesat Messi pun serius juga. Cuma saya merasakan, hukuman ini boleh dikurangkan.”
“Dia pemain yang hebat. Dia tidak pernah membuat benda lain selain latihan. Dia ibarat teddy bear di kalangan rakan sepasukan.”
Maradona menepis stereotaip yang menyatakan mereka panik kerana Messi digantung kerana Argentina sukar untuk menang tanpa Messi.
Maradona menyatakan, tindakan beliau untuk bertemu Infantino adalah untuk keadilan kepada Messi bukannya Argentina.
Maradona menjelaskan:
“Saya akui, kehilangan Messi agak berat. Namun, Argentina dengan ada atau tanpa Messi adalah 2 pasukan yang berbeza.”
“Ini tidak bermakna tanpa Messi Argentina akan kalah. Jika Portugal tanpa Ronaldo pun, mereka masih berpotensi menang. Begitu juga Real dan Barca jika tanpa Ronaldo dan Messi.”
Baca juga: Frank Bernhardt Mengaku Terkejut Disingkir Sebagai Jurulatih Skuad B-23 Negara