Maradona Anggap Keputusan Argentina Seri Dengan Iceland Sebagai Memalukan

Keputusan seri 1-1 Argentina ketika perlawanan pertama Piala Dunia menentang Iceland telah mengundang kritikan pedas daripada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sambil memberi amaran kepada pengurus, Jorge Sampaoli yang beliau tidak akan disambut pulang melainkan beliau mengubah corak taktikal permainan pasukan.

“Jika bermain sebegitu, beliau tidak akan boleh kembali ke Argentina,” kata pemenang Piala Dunia 1986 itu dalam satu siaran televisyen Venezuela selepas Lionel Messi terlepas penalti dalam perlawanan Kumpulan D di Moscow.

“Ia adalah memalukan. Tidak bersedia untuk perlawanan apabila mengetahui Iceland yang kesemuanya berketinggian 1.90m. Saya dapat rasakan ada kemarahan dalam hati pasukan,” kata Maradona.

https://twitter.com/NutmegRadio/status/1007989961134628865

Argentina mendahului menerusi Sergio Aguero pada minit ke-19 dengan Maradona menyaksikan perlawanan daripada kerusi penonton di Stadium Spartak.

Tetapi Iceland yang bermain buat kali pertama di Piala Dunia, menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Alfred Finnbogason.

Messi yang masih belum membuktikan kemampuannya di Piala Dunia, gagal mengambil peluang menerusi sepakan penalti pada minit ke-63 apabila cubaannya diselamatkan Hannes Halldorsson.

Maradona bagaimanapun enggan mengkritik pemain itu dan menyalahkan kepada Sampaoli.

“Saya tidak salahkan pemain. Saya cuma salahkan kepada kurangnya kerja dalam pasukan. Tetapi saya tak boleh salahkan pemain, lebih-lebih lagi Messi yang melakukan segala-galanya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN