Manzoor Azwira: Pulau Pinang Sudah 80 Peratus Bersedia

Bercakap kepada Semuanya BOLA, pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira menjelaskan yang pasukannya ketika ini sudah 80 peratus bersedia untuk Liga Premier musim 2020.

Pulau Pinang melalui pra-musim yang panjang sejak Disember lalu dengan sejumlah aksi persahabatan serta jelajah pra-musim di Indonesia pada pertengahan Januari lalu.

Hanya satu kekalahan direkodkan dan paling menariknya adalah Harimau Kumbang menang ke atas PDRM dan Perak serta terikat ketika bertemu PJ City FC dan Selangor.

“Kita sudah sampai ke peringkat 80 peratus [persediaan] untuk perlawanan pertama nanti. Semua aspek pasukan masih saya perlu lihat dan perkemaskan lagi,” jelasnya.

Pulau Pinang akan membuka tirai Liga Premier dengan dua aksi di Stadium Bandaraya berdepan Sarawak United pada 1 Mac dan kemudian, Selangor II pada 7 Mac 2020.

Pengendali berusia 43 tahun itu berkata yang musim ini merupakan skuad baharu kerana dalam kesebelasan utama yang diujinya, hanya dua pemain daripada musim lepas.

Walaubagaimanapun, barisan pemain baharu yang dibawa masuk memiliki pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia seperti penjaga gol, Samuel Somerville, Azmi Muslim, Khairu Azrin Khazali, Latiff Suhaimi, Bobby Gonzales dan pemain import PDRM, Lee Chang-hoon.

Ia pastinya akan memudahkan kerja Manzoor Azwira dalam membentuk skuad yang lebih mantap berbanding musim lalu, yang hampir meraih slot ke Liga Super 2020 – Pulau Pinang merekodkan 10 aksi tanpa kalah sejak diambil alihnya bermula pada pertengahan musim.

“Ini bukanlah pasukan yang terdiri daripada pasukan yang sama dengan musim lalu. 70 ke 80 peratus adalah pemain baharu,” ujarnya lagi sambil menyatakan yang pemain musim lepas, hanya Casagrande dan Al-Hafiz Harun kerap dicubanya dalam pra-musim setakat ini.

“Dalam pra-musim ini kita banyak buat percubaan kepada pasukan seperti mantapkan kombinasi pemain, persefahaman dan keserasian. Jadi saya harap dalam perlawanan pertama nanti, kita sudah bersedia 90 ke 95 peratus dari segala aspek,” tambahnya lagi.

Selain itu, Manzoor Azwira juga memaklumkan ketika ini tiada masalah kecederaan yang serius kecuali Lee Chang-hoon yang mengalami kecederaan ringan ketika berdepan Selangor.

KREDIT FOTO: FA PENANG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN