Manzoor Azwira: Kehadiran 4 Pasukan Simpanan Jadikan Liga Premier 2020 Lebih Kompetitif

Manzoor
Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' Loading official content
Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life'
Bruno Guimaraes speaks to media after helping guide Newcastle United to their first trophy in 70-years with a Carabao Cup win.
0 seconds of 47 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
PSG dominate Marseille in Le Classique
01:12
00:00
00:47
00:47
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya PSG dominate Marseille in Le Classique Messi bags his trademark chip against Atlanta United Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira menganggap kehadiran empat pasukan simpanan (Reserve Team) dalam saingan Liga Premier 2020 tetap menjadikan tahap kompetitif liga lebih tinggi pada musim ini sambil menyifatkan kualiti mereka sehebat pasukan Liga Super.

Johor Darul Ta’zim II, Terengganu FC II, Selangor II dan Perak II bakal mewarnai Liga Premier tahun ini di mana Manzoor melihat empat pasukan berkenaan tetap dibarisi pemain-pemain yang berkualiti tinggi dan mampu mencabar kekuatan pasukan lain yang ingin merebut slot ke Liga Super 2021.

Meskipun kedudukan kelima dan keenam liga sudah boleh melayakkan sesuatu pasukan itu ke Liga Super sekiranya empat Reserve Team berkenaan menduduki tangga teratas Liga Premier, situasi itu tidak akan menjadikan skuad utama seperti Pulau Pinang mengambil mudah akan sesuatu perlawanan.

Sebaliknya, mereka tetap mensasarkan untuk sentiasa memburu kemenangan bagi merebut tangga teratas liga sekali gus layak secara merit, bukannya hanya menggunakan kelebihan lain ke atas empat skuad pembangunan berkenaan.

“Kami tidak pernah terfikir untuk beraksi acuh tak acuh dan mengambil kesempatan dengan adanya empat pasukan ini kerana sasaran kami tetap untuk memburu dua tangga teratas Liga demi maruah pasukan.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu, pasukan Reserve Team ini tidak berdepan tekanan terlalu tinggi malah sentiasa diberi sokongan pasukan utama, jadi kami sebenarnya lebih tertekan untuk mengejar kemenangan.

“Orang mungkin tidak nampak sangat persaingan Liga Premier namun saya bercakap atas pengalaman ketika berdepan JDT II sebelum ini apabila lawan menurunkan pemain hebat seperti Dominic Tan, Haziq Nadzli, Naxto Insa dan ramai lagi yang setaraf di Liga Super menjadikan perlawanan begitu mencabar,” katanya.

Kredit foto: FA Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN