Kedah Darul Aman (KDA) terus memperkasakan persiapan mereka musim ini dengan terbaharu pasukan tersebut sah menandatangani Manuel Ott selaku pemain import terbaharu mereka.
Ott yang sebelum ini beraksi bersama Terengganu bakal bergandingan sekali lagi bersama Nafuzi Zain selepas masing-masing dilihat sudah pun saling mengenali antara satu sama lain.
https://twitter.com/kda_fc/status/1602614230510772224?s=46&t=KF2HjRZGAmW6a_sEVQPbgQ
Pengesahan Ott bersama KDA telah pun dinyatakan sendiri menerusi laman rasmi pasukan tersebut sebentar tadi dengan sebelum itu beberapa khabar angin sudah pun tersebar.
“Selamat datang Manuel Gelito Ott ke bumi Jelapang Padi! Pemain import baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 30 tahun berasal dari Munich, Germany.
“Ott yang memiliki kerakyatan Filipina mengisi kuota pemain import Asean Sang Kenari. Musim lepas beliau mewakili Terengganu FC dan merupakan pemain kebangsaan Filipina, The Azkals.
“Kelincahan Manuel Ott ditagih bagi mengemudi jentera tengah dan kelibat beliau tidak asing lagi dalam Liga Malaysia, mencipta nama antara pemain import tengah yang kreatif. Ott akan menggunakan jersi bernombor 8 di musim 2023,” jelas kenyataan tersebut.
Musim lalu menyaksikan Ott telah meledak lima gol serta lima bantuan jaringan dalam saingan Liga Super selepas beraksi dalam 21 perlawanan bersama Terengganu.
Gandingan Ott bersama Habib Haroon jelas menjadi kekuatan utama dalam kunci taktikal yang direncanakan Nafuzi untuk membantu kelab tersebut meraih kedudukan kedua Liga Super 2022.
MANUEL OTT KINI SANG KENARI!
Selamat datang Manuel Gelito Ott ke bumi Jelapang Padi! Pemain import baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 30 tahun berasal dari Munich, Germany. Ott yang memiliki kerakyatan Filipina mengisi kuota pemain import Asean Sang Kenari. pic.twitter.com/kgIfwuqkK0
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 13, 2022
Statistik Piala Malaysia 2022 pula menyaksikan pemain kebangsaan Filipina ini turut meledak satu jaringan dan dua bantuan gol daripada enam penampilan.
Kelibat Ott sudah pun dikenali dalam kalangan para penyokong Liga Malaysia (Liga-M), ekoran aksinya bersama Melaka United sebelum itu jelas mencuri tumpuan.
Dan kesinambungannya, Ott terus tampil sebagai salah satu import Asia Tenggara paling berpengaruh menerusi konsistensinya bersama Terengganu.
Pemain ini juga sah bakal bergandingan bersama seorang lagi pemain import KDA iaitu Amirbek Juraboev yang telah pun diperkenalkan pasukan tersebut beberapa hari lalu.
OUR ONLY MANNY 🔥
☄️ Manny Ott on the last match against Kedah.#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/HzHDsCIazh
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 15, 2022
Selaku pemain tengah serangan, Ott dilihat akan lebih membantu serangan pasukan sementara Amirbek akan berada di belakang untuk mengawal intensiti permainan serta menyambung aliran bola.
Ianya jelas Nafuzi ingin meneruskan kesinambungan taktikal yang dibawa ketika bersama Terengganu lalu untuk dikembangkan lagi buat KDA.
Selain Ott dan Amirbek, perkhabaran turut menyatakan KDA bakal menandatangani seorang lagi pemain yang beraksi di posisi tengah pada masa akan datang.
Setakat ini, pemain tersebut masih lagi bersama kem kebangsaan dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi untuk bersama Nafuzi membentuk kembali pasukan tersebut.
Sesuatu asas telah pun diterapkan Nafuzi ketika ini untuk membina kembali KDA mengikut adunannya menerusi dua pemain import tengah ditandatangani kelab tersebut.
21’ | Manuel Ott membuka tirai jaringan untuk tuan rumah!@FCTerengganu 1-0 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/rAtgwIIHVy
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Berdasarkan kehadiran Ott bersama KDA, jelas Nafuzi ingin mengekalkan rentak ‘Nafuziball’ yang sebelum ini telah dijayakan dengan baik oleh pemain kebangsaan Filipina itu.