Pemain baharu Selangor, Manuel Konrad yang menjadi pemain import kelima pasukan tersebut menzahirkan rasa bangga apabila dapat menyarung jersi Gergasi Merah.
Beliau yang menjadi rekrut baharu pasukan Lembah Klang itu mengatakan ianya cukup bermakna baginya apabila dapat beraksi dengan Selangor yang dianggap cukup terkenal di Malaysia.
“Kelab ini sangat besar dan punya banyak sejarah dan tradisi.”
“Di Malaysia, kelab ini sangat terkenal dan oleh itu saya gembira dapat beraksi dengan kelab ini,” kata Konrad dalam sesi soal jawab bersama media Selangor FC.
Konrad juga menzahirkan keazaman untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dalam ucapannya buat penyokong Selangor.
“Kepada semua Red Giants, saya gembira dapat bersama anda.”
“Saya akan beri segalanya untuk berjaya dan saya berharap kita dapat meraikan banyak kejayaan bersama.”
Konrad menjadi pengganti terus (direct replacement) kepada Taylor Regan yang disingkirkan musim ini.
Beliau yang boleh beraksi di bahagian pertahanan tengah turut boleh bermain sebagai pemain tengah bertahanan serta mempunyai kualiti merebut bola di udara dengan baik.
Jurulatih Selangor, Karsten Nietzel menggambarkan Konrad sebagai pemain utiliti yang baik.
“Beliau merupakan pemain utiliti terutamanya di posisi tengah bertahan.”
“Saya yakin apabila beliau mencapai tahap kecergasan sepenuhnya, Konrad akan menunjukkan persembahan maksimum diatas padang.”
Baca juga artikel kami mengenai pemain baharu Selangor: