Dengan Manuel Konrad turun bersama Selangor 2, adakah kita akan dapat melihat aksi Jordan Ayimbila ketika mereka melayan Kuala Lumpur City FC (KL City)?
Mungkin boleh dan mungkin tidak. Untuk pemain berusia 19 tahun seperti Jordan Ayimbila diturunkan dalam kesebelasan utama, ia mungkin sedikit mustahil. Jadi, sebenarnya, apa perancangan barisan kejurulatihan dengan pertukaran pemain ini?
Di saat Selangor FC bakal berdepan KL City dalam Derbi Lembah Klang pada malam nanti, mengapa secara tiba-tiba pemain utama seperti Manuel Konrad disisih?
Mereka juga kehilangan seorang lagi pemain tengah, Halim Saari yang mengalami kecederaan ACL yang dijangka bakal tersisih sepanjang musim – sembilan bulan.
(1/2)
TERKINI: Pemain tengah kental Gergasi Merah, Halim Saari disahkan mengalami kecederaan ACL dan berkemungkinan terpaksa berehat untuk 9 bulan. Beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada minggu hadapan. pic.twitter.com/cCCAkEk8dD
— Selangor FC (@selangorfc) March 10, 2021
Semua ini adalah perancangan barisan kejurulatihan disebabkan pemain kelahiran Jerman itu dilihat gagal mencapai tahap kecergasan yang diinginkan. Beliau adalah pemain terakhir yang tiba ke kem Selangor selepas ramai tertanya-tanya.
Selangor terpaksa menanti sehingga saat akhir sebelum penyertaan Manuel Konrad dimuktamadkan iaitu selepas penyerang, Ifedayo Olusegun disahkan didaftar atas kouta Asia. Proses mendapatkan pasport Bahrain itu yang telah mengambil masa.
Jadi, selepas dua perlawanan, Manuel Konrad berada dalam misi memburu kecergasan yang terbaik untuk kembali semula bersama skuad utama dan pengendali Selangor 2, Michael Feichtenbeiner tampil menjelaskan isu pertukaran pemain itu.
Katanya yang ditemui selepas perlawanan menentang skuad Projek FAM-MSN semalam, “Dia adalah pemain terakhir yang menyertai Selangor, jadi dia sudah terlepas rutin pra-musim kami yang pendek. Dia perlukan latihan permainan yang lebih.”
Barisan kesebelasan Selangor 2 yang bakal menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium MP Selayang petang ini.
All the best, lads! 💪#KitaAdalahSatu#85Yeras#CreatingALegacy pic.twitter.com/9RF2OYQ4mm
— Selangor FC (@selangorfc) March 12, 2021
“Atas sebab itu, kami [barisan kejurulatihan] membuat keputusan untuk menukar Jordan [Ayimbila], pemain muda kami dari Afrika dengan Manuel [Konrad]. Ini untuk berikan dia peluang untuk bermain 90 minit dan membina kecergasannya.
“Kemudian, dia akan kembali bersama skuad utama [selepas cergas],” jelas Michael Feichtenbeiner selepas melihat skuadnya menang 4-2 ke atas skuad Projek itu.
Dalam perlawanan tersebut, Selangor 2 berjaya mendominasi perlawanan seterusnya meraih kemenangan kedua selepas tiga perlawanan dan seorang lagi pemain muda dari Afrika, George Attram berjaya mencipta hatrik pertamanya di Liga Malaysia.
Jadi, tanpa Halim Saari, tanpa Manuel Konrad yang tampil bersama Selangor 2, bagaimana The Red Giants dalam pertembungan Derbi Lembah Klang malam ini?
Adakah Brendan Gan sudah cergas sepenuhnya untuk malam nanti? Untuk rekod beliau sudah tersisih dalam dua perlawanan sebelum ini disebabkan kecergasan.
KREDIT FEATURED IMAGE: MFL
Baca lagi artikel lain mengenai Manuel Konrad dan Selangor FC:
Terima Banyak Mesej Semangat, Halim Saari Hargai Sokongan Semua Pihak
Kenali Manuel Konrad, ‘Kereta Kebal’ Buatan Jerman Taruhan Selangor
Liga Super 2021: Dua Gol Oliver Buff Pastikan Selangor Benam Sri Pahang