Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Manuel Hidalgo tampil sebagai antara pemain paling bersemangat kini untuk mengharungi aksi seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2023 menentang Perak.
Hidalgo yang ditandatangani Kedah sejak awal musim 2023, menjadi antara rekrut terbaharu Sang Kenari selepas beberapa rombakan pemain telah dibuat bawah kendalian Nafuzi Zain selaku jurulatih utama pasukan.
SELAMAT DATANG MANUEL HIDALGO 🇦🇷
Pemain yang tidak asing dalam saingan Liga Malaysia kini bersama Sang Kenari. Manuel Hidalgo pemain yang mempunyai susuk tubuh kecil tetapi mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan. Beliau akan menggunakan jersi nombor 8️⃣8️⃣ musim ini. pic.twitter.com/dkgOwejsdZ
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 5, 2023
Menjadi antara pemain pilihan utama Kedah musim ini, pastinya Hidalgo mempunyai tekad tersendiri untuk membantu Sang Kenari mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia 2023 di laman sendiri.
Apa tidaknya, Kedah secara mengejut mencatat kekalahan tidak disangka kepada Perak untuk aksi pembukaan Piala Malaysia sebelum itu menerusi keputusan penuh 1-3 di Ipoh.
Beraksi dalam kesebelasan utama, Hidalgo menjadi antara pemain yang gagal memberi impak besar buat pasukan dalam usaha untuk sekurangnya mendapat gol penyamaan di gelanggang lawan selain terus ditekan oleh Perak.
Pastinya untuk aksi seterusnya ini, pemain kelahiran Argentina itu mempunyai tekad tersendiri untuk membuktikan kepada para penyokong Sang Kenari mereka mampu melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir.
Menurut Hidalgo, beliau memasang tekad untuk memastikan pasukan diwakilinya itu mengatasi kelebihan gol yang dicipta Perak pada aksi lalu dan enggan untuk terus dikecewakan mereka pada aksi malam ini.
Pemain berusia 24 tahun itu juga menegaskan kemenangan mereka ketika mengatasi Sri Pahang pada minggu lalu memberi suntikan moral buat mereka untuk tampil lebih baik pada aksi akan datang.
“Kekalahan ketika aksi pertama Piala Malaysia menentang Perak FC begitu mengecewakan, namun kami mengambil pengajaran dan segera memperbaiki usaha kami kerana ini satu-satunya peluang untuk kami melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.
“Malah dengan keazaman tinggu, kami mampu hadir dan bangkit dengan lebih kuat kerana kami juga pernah menewaskan Perak di laman sendiri pada 7 Jun lalu dan saya yakin dan tidak mustahil kami boleh lakukannya sekali lagi bagi memastikan kami layak ke saingan suku akhir.
“Malah dengan kemenangan 2-0 pada aksi liga yang kami capai sewaktu menewaskan skuad Sri Pahang FC di laman sendiri pada 8 Ogos lalu juga bakal menyuntik semangat kebangkitan kami seperi yang diharapkan semua pihak,” katanya menerusi petikan daripada Harian Metro.
🔰 MATCHDAY 🔰
Pulun Kedah Pulun! 🔥
🏆 PUSINGAN 16-2 | Piala Malaysia 2023
🆚 KDA FC (1) – (3) PERAK FC
📆 18 Ogos 2023, Jumaat
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman📡 Astro 801 | Astro 807 | Astro GO | TV Okey pic.twitter.com/yKIQdEoF3V
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 18, 2023
Sehingga kini, Hidalgo menjadi antara pemain paling berpengaruh buat Kedah di posisi serangan menerusi kelincahannya serta menjadi sumber kreativiti buat pasukan dalam mendapatkan jaringan.
Untuk aksi Liga Super, Hidalgo telah pun meledak tiga gol daripada 19 penampilan serta mencipta tujuh bantuan jaringan secara keseluruhannya setakat ini bagi musim 2023.
Pastinya Hidalgo kini bersemangat untuk membuka akaun jaringan sulung beliau pula dalam aksi Piala Malaysia, dengan perlawanan menentang Perak menjadi sasaran beliau.