Manuel Hidalgo Mungkin Antara Pemain Perlu Kekal Bersama Kedah Musim Depan

Pemain serangan import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Manuel Hidalgo mungkin antara nama yang perlu dikekalkan pengurusan pasukan tersebut untuk saingan bakal dihadapi musim hadapan.

Apa tidaknya, ketika ini Hidalgo menjadi antara pemain yang paling berbaloi ditandatangani pasukan tersebut bawah kendalian Nafuzi Zain menerusi impak diberikan beliau di atas padang.

Memasuki musim ketiga dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), graf yang dipamerkan oleh pemain itu jelas semakin meningkat khususnya dalam persaingan Liga Super 2023.

Musim ini sahaja Hidalgo telah pun merekodkan 22 penampilan bersama Kedah untuk keseluruhan kejuaraan domestik dengan mencatat empat gol serta 10 bantuan jaringan buat Sang Kenari.

Ianya bukan suatu rekod yang boleh dipandang rendah, selepas keupayaan pemain itu untuk memberi pengaruh cukup besar selaku hub kreativiti Kedah dengan begitu cemerlang.

Walaupun ada ketika aksi dipamerkan Hidalgo dilihat sedikit merudum, daripada segi sumbangan beliau di hadapan gol jelas pemain tersebut tidak boleh dinafikan lagi kualitinya.

Ketiadaan Lee Tuck yang sebelum ini menjadi hub utama serangan Kedah jelas memberi lebih ruang kini untuk pemain berusia 24 tahun itu lebih menyerlah serta memberi sokongan penuh buat serangan pasukan.

Kemuncak aksi Hidalgo jelas dapat disaksikan sendiri ketika perlawanan lalu dalam saingan Liga Super membabitkan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman (SDA).

Untuk aksi itu sahaja, Hidalgo telah pun memainkan peranan cukup penting untuk menjana siri serangan berbahaya buat Kedah menerusi kelincahan serta kreativiti mencorakkan bentuk hantaran berkualiti buat rakan sepasukan lain.

Malah, Hidalgo juga telah mencipta tiga bantuan jaringan secara keseluruhan pada perlawanan tersebut untuk Ifedayo Olusegun, Manuel Ott, serta Amirbek Juraboev mendapatkan jaringan yang memastikan Sang Kenari mengikat seri JDT.

Sepanjang 22 perlawanan dihadapi Hidalgo bersama Kedah musim ini, jelas beliau merupakan pemain paling penting buat Nafuzi untuk menerapkan formasi serta pelan taktikalnya buat pasukan tersebut.

Sesuatu yang perlu diambil berat oleh pengurusan Kedah kini adalah untuk cuba menawarkan kontrak baharu kepada Hidalgo dengan secepat mungkin untuk musim hadapan.

Selepas mereka sah kehilangan Lee Tuck, ianya merupakan suatu kerugian jika pasukan tersebut turut melepaskan seorang lagi pemain paling kreatif serta berpengaruh besar buat posisi seranvan Sang Kenari sejak awal musim ini.

Apapun, fokus Hidalgo kini pastinya ingin diberikan terus kepada pasukan dalam usaha mereka untuk cuba mendapatkan slot ke saingan Asia musim hadapan serta kejuaraan Challenge Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN