Kelibat penyerang berbisa Sabah, Saddil Ramdani antara paling mencuri tumpuan selepas impaknya membantu pasukan tersebut meraih kemenangan besar 5-0 bagi mengatasi PSM Makassar.
Sebelum itu, Sabah berjaya mencipta kemenangan kedua mereka bagi Kumpulan H untuk saingan Piala AFC, selepas pasukan itu menewaskan kelab dari Indonesia, PSM Makassar di Stadium Kapten I Wayan Dipta.
FT | 🇮🇩 PSM Makassar 0️⃣-5️⃣ Sabah FC 🇲🇾
The East Malaysians produce a 5 ⭐️ performance and collect their second consecutive win in Group H! #AFCCup | #PSMvSAB pic.twitter.com/vdUAFuZaeQ
— #AFCCup (@AFCCup) October 5, 2023
Lima gol Sabah terhasil menerusi dua ledakan Darren Lok, Gabriel Peres, Stuart Wilkin, serta Farhan Roslan untuk menamatkan malam gemilang mereka di gelanggang lawan.
Antara pemain yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Saddil yang pulang ke negara halamannya selaku pemain lawan dan memberi impak cukup besar menerusi tiga bantuan jaringan dicipta beliau.
Walaupun tidak menghasilkan sebarang gol, kelincahan Saddil serta kreativitinya di hadapan gawang lawan jelas begitu menonjol sepanjang aksi berlangsung.
Di media sosial, aksi Saddil turut mendapat pujian penuh penyokong bola sepak Indonesia yang menyifatkan pemain kebangsaan tersebut sangat profesional selain mengulas tentang coran permainan bintang Sabah itu.
“Mantap sangat permainan Saddil yang secara keseluruhan sangat profesional bersama pasukannya kini,” ujar Bird House Pro menerusi laman Update Forsat.
“Profesional, semoga skil beliau terus meningkat naik dan mampu menyumbang lebih buat Indonesia,” kata De Allam pula.
“Kesetiaan dan tahap profesional pemain untuk kelab yang mampu membayar mahal skil dimiliki beliau, mantap bro Saddil,” puji Amad Adieansyah.
“Saddil permata Indonesia, bakat beliau luar biasa. Di Sabah Saddil disayangi para penyokongnya. Beliau bermain untuk kelabnya bersama jiwa kemenangan,” jelas Rizal Rizal.
"Anak emas" Datuk Ong Kim Swee.
Nggak salah emang!LET HIM COOK 🔥🔥🔥
SADDIL RAMDANI 🚨 pic.twitter.com/MUIyBKVWO6— . (@Indostransfer) October 5, 2023
Secara keseluruhan, boleh dianggap Saddil kini sedang menikmati satu lagi musim terbaik beliau di Malaysia dengan menjadi kunci kekuatan serangan Sabah bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Pastinya momentum itu terus ditagih para penyokong Indonesia kerana nama pemain tersebut turut tersenarai bagi mewakili Sang Garuda untuk perlawanan antarabangsa selepas ini menentang Brunei.
Walaupun impaknya bersama Indonesia kurang dirasai menurut segelintir penyokong di sana, sudah tentu Saddil ingin membuktikan mengapa diri beliau layak untuk menyarung jersi Sang Garuda pada masa akan datang.