Walaupun selepas membawa Thailand meraih kejuaraan Piala AFF 2020, Alexandre (Mano) Polking masih terancam bakal kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Thailand.
Ini berdasarkan hakikat kontrak jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu yang akan tamat selepas kejohanan Piala AFF di Singapura.
Polking dilantik selaku pengendali skuad Gajah Perang pada September lalu selepas Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memecat Akiro Nishino, dan beliau hanya diberikan kontrak jangka masa pendek sehingga tamatnya kejohanan Piala AFF 2020 untuk mengendalikan pasukan.
#News | 🇹🇭 THAILAND EYES MANO POLKING AS NEW HEAD COACH
Thailand 's manager, Nuanphan Lamsam is preparing to announce the appointment of Mano Polking as the new coach of the Thai national team with a short-term contract for AFF Suzuki Cup 2020.#FAThailand #AFF pic.twitter.com/9txzShiovw
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 27, 2021
Sehingga kini belum ada pengumuman daripada FAT mengenai masa depan jurulatih itu – walaupun berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali keenam untuk Thailand.
Sehari sebelum perlawanan akhir kedua Piala AFF 2020, Polking sempat ditanya media mengenai masa depannya bersama skuad Gajah Perang.
Pada ketika itu Polking menjelaskan belum ada perbincangan dilakukan bersama FAT. Ini kerana semua pihak pada ketika itu sedang fokus untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan di kejohanan tersebut.
Here are a few stats behind Mano Polking's cracking start as 🇹🇭 national team head coach!
🥇 Topping the group stage stats chart in…
✅ Chance created
✅ Shots and shots on target#AFFSuzukiCup pic.twitter.com/mtNbaTRkFf— Thai League Central (@TL_Central) December 20, 2021
“Tidak, belum ada pembincangan pada ketika ini kerana kami semua benar-benar fokus untuk menyelesaikan tugasan,” ujar Polking seperti dipetik daripada Bangkok Post sebelum ini.
Sementara itu, menurut laporan dari padathethao247, akan ada pertemuan di antara FAT dan Alexandre Polking untuk melakukan evaluasi mengenai prestasi pasukan itu di Piala AFF 2020.
Media tersebut cukup optimistis FAT bakal melanjutkan kontrak Alexandre Polking. Sebelum ini Polking dibawa masuk oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam yang diberikan kebebasan untuk memilih jurulatih dalam misi membawa pulang Piala AFF ke bumi Thailand.
Merupakan jurulatih yang cukup berpengalaman di rantau Asia Tenggara dan pernah mengendalikan beberapa kelab di Liga Thailand selama hampir 11 tahun, Polking dianggap individu paling berkelayakan untuk jawatan tersebut pada ketika itu.