Pengendali Selangor, P. Maniam meluahkan rasa puas hati beliau mengenai persembahan Andik Vermansah ketika perlawanan Liga Super antara Selangor dengan T-Team.
Dalam perlawanan itu, Selangor menang 4-2 dengan Andik menghasilkan 2 bantuan gol untuk pasukannya.
Prestasi cemerlang itu nyata memberikan keyakinan buat Maniam memandangkan pemain tersebut dalam proses menuju ke fasa pemulihan prestasi selepas mengalami kecederaan.
“Beliau mungkin tidak menjaringkan gol, tapi aksi beliau diatas padang cukup memuaskan hati saya.”
“Bila Andik pegang bola, pergerakan beliau cukup bahaya ketika kami menyerang.”
Sambil itu, Maniam nyata berpuas hati dengan persembahan anak-anak buah beliau terutamanya pemain muda.
Syahmi Safari semestinya memperoleh pujian Maniam apabila 2 jaringan beliau membantu Selangor memperoleh 3 mata.
“Saya pasti keyakinan Syahmi pastinya meningkat selepas menjaringkan 2 gol. Pastinya kami dapat lakukan dengan dalam saingan Piala Malaysia.”
Maniam juga berpuas hati dengan persembahan Adam Nor Azlin yang kini diletakkan sebagai pertahanan tengah.
“Adam beraksi cukup berkesan dengan di posisi baharu dan ia nyata berjaya membantu pasukan.”
Sumber:
- Goal Malaysia (2017): Andik’s return introduces more lethality to Selangor’s gameplay – Maniam; http://www.goal.com/en-my/news/3896/malaysia/2017/07/02/36777482/andiks-return-introduces-more-lethality-to-selangors